FacebookInstagramTwitterContact

 

Audience Ceremony           >>           First Meeting Of Royal Birthday Celebration National Committee           >>           Man United Edge Arsenal In Alexis Sanchez, Henrikh Mkhitaryan Swap           >>           Barcelona's Second-Half Surges A Key To Their Success This Season           >>           Real's Big Win Buys Zidane Time, Martial's Future, PSG Rocked By Lyon           >>           Chelsea And Sergio Aguero Among Those Rising Above Transfer Tension           >>           Camps Ready But Bangladesh Delays Repatriation Of Refugees           >>           Alert Level 4 Raised After Mayon Eruption           >>           Indonesia Seeks Immediate Return Of Two Fishermen Released By Abu Sayyaf           >>           Budget Is More Than Giving ‘Goodies’, Raising Taxes: Heng Swee Keat            >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


The Incredibles 5Km Fun Run
January 7th, 2018 | 00:00 AM


KIDS PANCAKE MAKING & DECORATING CLASS
January 21st, 2018 | 14:00 PM


THE 1 NATION FREE WORKOUT
January 21st, 2018 | 17:00 PM


20th Consumer Fair
January 24th, 2018 | 00:00 AM


Mazalina Wedding Expo
January 26th, 2018 | 00:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:04AM

Subuh

: 05:14AM

Syuruk

: 06:35AM

Doha

: 06:59AM

Zohor

: 12:33PM

Asar

: 03:54PM

Maghrib

: 06:28PM

Isyak

: 07:41PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lawat Kawasan Terjejas Banjir Di Daerah Tutong


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa mengadakan lawatan kerja meninjau kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir di Daerah Tutong.

 


 January 14th, 2018  |  09:26 AM  |   466 views

TUTONG

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong  mengadakan lawatan kerja ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir di Daerah Tutong.

 

 Sesi lawatan kerja dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai status terkini kawasan-kawasan yang dilanda banjir dan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tutong (Tutong DDMC) bertempat di Pusat Kawalan Insiden, Balai Bomba Lamunin.

 

Semasa lawatan, Yang Berhormat telah membuat tinjauan serta berkesempatan berjumpa dengan Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terjejas oleh banjir iaitu di kawasan Jalan Rambai, Jalan Rompou - Rambai, Jalan Kuala Ungar - Rambai, Jalan Bangkuru dan Jalan Benutan.

 

Lawatan bertujuan untuk meninjau secara dekat keadaan kawasan-kawasan dan jalan-jalan yang sebelum ini dilanda banjir dan juga untuk memastikan persediaan agensi-agensi kerajaan bagi menghadapi cuaca hujan kebelakangan ini di samping bagi memeduli kebajikan dan kesejahteraan penduduk kampung di kawasan yang terjejas.

 

 Persediaan dan tindakan-tindakan yang dilaksanakan ini akan dapat meyakinkan bukan sahaja pihak kerajaan, tetapi juga penduduk serta orang ramai bahawa keadaan banjir di Daerah Tutong adalah terkawal.

 

Pihak Tutong DDMC melalui Batalion Kedua, Tentera Darat Diraja Brunei sebelum ini telah pun menyediakan bantuan pengangkutan kenderaan trak di kawasan jalan yang terjejas, khususnya Jalan Kecil Layong bagi penduduk-penduduk kampung yang memerlukan.

 

 Di antara kawasan-kawasan yang terjejas dan dilanda banjir ialah kawasan Kampung Benutan, Kampung Penapar dan beberapa batang jalan termasuklah Jalan Bangkuru, Jalan Rambai, Jalan Kuala Ungar - Rambai dan Jalan Kecil Layong.

 

Pada masa ini jalan-jalan berkenaan telahpun kering dan dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

 

Agensi-agensi kerajaan di bawah DDMC Tutong sentiasa bersedia dari masa ke semasa dan akan bertindak secara bersepadu bagi sebarang kemungkinan yang berlaku berikutan keadaan cuaca pada masa ini yang tidak menentu.

 

Hadir sama di lawatan kerja tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong juga selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya dan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit juga selaku Penghulu Mukim Telisai.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Pegawai Daerah Tutong, Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dan Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tutong (DDMC), Pegawai-pegawai Kanan KHEDN serta Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


2,800 Cabbies Have Joined Grab, Uber

 2018-01-23 09:53:14

Hong Kong Bookseller Seized From China Train

 2018-01-23 10:25:15

Asia Wakes to Trump's Big Trade Move With Tariffs Aimed at Them

 2018-01-23 11:12:38