Home > Bahasa Melayu
Tinjau Kawasan Terjejas Banjir Di Daerah Belait
LAWATAN kerja dan pemantauan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong ke kawasan terjejas banjir di Daerah Belait.
January 14th, 2018 | 09:30 AM | 1670 views
KUALA BELAIT
Bagi meninjau dengan lebih dekat kawasan yang terjejas banjir di Daerah Belait, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong mengadakan lawatan kerja pemantauan ke daerah berkenaan.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas daripada Stesen Komander mengenai dengan kejadian banjir yang telah berlaku dan situasi keadaan semasa.
Selepas mendengarkan taklimat, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri meninjau keadaan rumah-rumah yang terjejas.
Antara tempat yang terjejas ialah Kampung Sungai Mau, Jalan Laid Lakang dan Jalan Kandul, Kampung Bukit Sawat, dan Simpang 1366, Jalan Merangking Hilir, Kampung Merangking.
Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput, selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Ajman bin Haji Meludin; Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dan Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad; Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Belait dan pegawai-pegawai kanan KHEDN.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]