Home > Bahasa Melayu
Warga Emas Diingatkan Sentiasa Menjaga Kesihatan
SEBAHAGIAN daripada ahli-ahli PKWE Daerah Tutong yang hadir pada Majlis Ceramah Pembangunan Masyarakat di Daerah Tutong
January 25th, 2018 | 09:31 AM | 1248 views
TUTONG
Ceramah pembangunan masyarakat diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong hari ini merupakan salah satu kegiatan keugamaan bulanan Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong sebagai membuka tirai tahun 2018.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis yang juga selaku Pengawas Keugamaan PKWE, Awang Haji Hamaffi bin Md. Yassin.
Ceramah Pembangunan Masyarakat bertajuk "Warga Emas Dalam Pembangunan" disampaikan oleh Penceramah Undangan, Awang Haji Mail bin Haji Besar antara lain mengingatkan para warga emas untuk sentiasa menjaga kesihatan kerana gaya hidup tidak aktif dan kurang menitikberatkan soal pemakanan merupakan salah satu laluan pantas ke arah penuaan.
Apabila mengalami gangguan kesihatan disebabkan peningkatan umur, jangan kata ia perkara biasa dalam proses penuaan, sebaliknya segera mendapatkan bantuan dengan berjumpa doktor bagi membolehkan menjalankan rawatan atau rehabilitisasi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]