FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memperkasa Persekolahan Ugama Dan Arab


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku tetamu kehormat berucap dan seterusnya merasmikan Persidangan Antarabangsa Ke-5 Mengenai Penyelidikan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang berlangsung di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB)

 


 January 25th, 2018  |  09:49 AM  |   735 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Penyelidikan yang relevan perlu dalam usaha-usaha memperkasa pengajian Islam dan bahasa Arab memandangkan ia adalah sebahagian daripada unsur atau elemen penting pendidikan kebangsaan di Negara Brunei Darussalam.

 

Pendidikan Islam atau juga disebut dengan pelajaran atau persekolahan ugama dan persekolahan Arab di negara ini telah ditempatkan dalam arus perdana sistem pendidikan kebangsaan serta kedudukan tersebut dikukuhkan lagi dengan Perintah Pendidikan Ugama Wajib, 2012. Ini ditambah dengan pembelajaran mata pelajaran ugama Islam atau Islamic Religious Knowledge (IRK) merupakan dalam komponen matapelajaran teras di peringkat persekolahan umum.

 

Perkara tersebut ditekankan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku tetamu kehormat pada Persidangan Antarabangsa Kali Ke-5 Mengenai Penyelidikan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang berlangsung di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), di sini.

 

Di Negara Brunei Darussalam jelas Yang Berhormat, telah dari awal lagi memilih untuk memakai sistem dan struktur institusi serta kurikulum persekolahan ugama dan Arab secara menserasikan dual aliran pelajaran ugama / Arab dengan aliran pelajaran umum.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, di negara ini, sebuah persekolahan ugama dan Arab pernah wujud pada tahun 1941 sebelum perang dunia kedua yang berdasarkan kepada sistem madrasah dengan wawasan keugamaannya. Manakala beliau seterusnya menyatakan, dalam tahun 1964 semasa perletakan batu asas pembangunan Sekolah Menegah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, sistem dan dasar persekolahan serta kurikulumnya telah dititahkan oleh Sultan Brunei ke-28, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, iaitu ''…. mempunyai dasar-dasar pelajaran yang sesuai menurut Laila kemajuan zaman, iaitu bukan sahaja diajarkan ilmu-ilmu dan pengetahuan-pengetahuan syarak dan bahasa Arab bahkan juga pengetahuan-pengetahuan kenegaraan dan Laila keduniaan".

 

Tambah Yang Berhormat, nada yang sama turut ditegaskan lagi, semasa perletakan batu asas bangunan Sekolah Ugama (Arab) Menegah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan seterusnya dalam zamam pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah pada 15 Julai 1992 turut menekankan pentingnya sistem dan kurikulumnya tidak sahaja melayakkan lepasan-lepasannya menjadi ulama di bidang ugama malahan juga ahli sains dan perubatan serta lain-lain yang berorentasikan Islam.

 

Seterusnya menurut Yang Berhormat, dalam perlaksanaannya sebagai unsur penting dalam arus perdana pendidikan kebangsaan ianya perlu kita pelihara dan jayakan serta terus berusaha memperkasakannya demi kejayaan anak bangsa dengan menepai hasrat negara yang dirumuskan dengan niat baik lagi murni kedua-dua wali al-amri pemerintahan beraja negara Brunei Darussalam di zaman moden ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10