Home > Bahasa Melayu
Berikan Pendidikan Terbaik Dan Berkualiti Kepada Anak-Anak
PENGETUA Sekolah Menengah Menglait Gadong, Awang Osman bin Rajap semasa berucap.
January 25th, 2018 | 10:29 AM | 1922 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Ibu bapa dan penjaga bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan yang terbaik dan berkualiti kepada anak-anak mereka.
Pengetua Sekolah Menengah Menglait Gadong (SMMG), Awang Osman bin Rajap menegaskan demikian pada Taklimat Ibu Bapa dan Penjaga serta Pelajar Bagi Tahun 11 yang berlangsung di Dewan Melati sekolah berkenaan.
Jelasnya, antara ciri-ciri pelajar yang berjaya ialah pelajar mempunyai cita-cita dan tujuan serta matlamat untuk berjaya, bersekolah menjadi keutamaan dan mempunyai jadual belajar.
Terdahulu jelasnya, anak adalah amanah yang diberikan kepada ibubapa oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk dipelihara dan diberikan kasih sayang serta pendidikan.
Sejurus selepas itu, beberapa siri taklimat juga diberikan, antaranya taklimat 'Secondary Education Initiative', taklimat peperiksaan, akademik dan sebagainya.
Dalam pada itu pelajar Tahun 11 ini akan menduduki Peperiksan GCE 'O' Level pada 3 Oktober - 17 November tahun ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]