Home > Bahasa Melayu
Lahirkan Belia Berprofesion Pemanduan Jentera Berat
PEMANGKU Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi bergambar ramai bersama para pelatih Kursus Pemandu Jentera Berat Ke-7
January 25th, 2018 | 10:38 AM | 1440 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kursus Pemandu Jentera Berat adalah sebagai usaha dan inisiatif untuk melihat dan melahirkan lebih ramai golongan belia yang profesion dalam bidang Pemanduan Jentera Berat.
Menurut Pemangku Penolong Pengarah Pusat Pembagunan Belia (PPB), Awang Haswandi bin Haji Osman, Kursus Kali Ke-7 telah dilaksanakan bermula 3 Julai 2017 dan berakhir pada 5 Disember 2017 telah diikuti oleh seramai 24 pelatih PPB.
Pada Majlis Penyampaian Sijil yang diselajurkan dengan Majlis Menandatangani Kontrak Pengambilan Bekerja Para Peserta Kursus dengan Syarikat-syarikat Pengusaha Jentera Berat.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil kepada peserta kursus ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi.
Pelaksanaan kursus telah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu dua bulan latihan kemahiran di Pusat Pembangunan Belia dan tiga bulan di syarikat swasta yang mengendalikan perkhidmatan pemanduan jentera berat.
Para belia telah diberikan latihan pemanduan pelbagai jenis kenderaan berat secara intensif sehingga berjaya mendapatkan lesen memandu Kelas 4, 5, 6, 2 dan 11, yang mana kelas-kelas lesen memandu ini sangat diperlukan oleh kebanyakan syarikat yang melibatkan operasi jentera berat.
Selain itu, para lepasan peserta juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemahiran lain seperti yang terkandung di dalam kurikulum pembelajaran latihan kemahiran mereka diantaranya ialah, Defensive Driving, Apply First Aid, Occupational Four Wheel Drive, Driving Heavy Vehicle, Bus Driver Training, Rigging and Slingging, Lorry Mounted Hiab dan Basic HSE Awareness.
Kesemua jenis latihan yang mereka ikuti itu mendapat pengiktirafan RoSPA (The Royal Society for the Prevention of Accidents) dan St. John Ambulance Australia.
Sejak kursus tersebut dilaksanakan pada tahun 2012, seramai 123 belia telah berjaya dilatih di dalam bidang Pemanduan Jentera Berat.
Dari jumlah tersebut, hampir 100 peratus lepasan telah memperoleh pekerjaan yang menjurus kepada bidang kemahiran pemanduan jentera berat. Walaupun jumlah penglibatan golongan belia di dalam bidang pekerjaan ini dilihat masih kecil, akan tetapi jumlah pemandu-pemandu jentera dari kalangan anak tempatan dilihat semakin meningkat dan menggalakkan. Ini menunjukkan yang golongan belia sekarang sudah mula menerima jenis pekerjaan atau kerjaya ini.
Kursus Pemandu Jentera Berat Kali Ke-7 kali ini dilaksanakan secara usahasama di antara PPB, Institut Pendidikan Teknikal Brunei dan Jabatan Tenaga dan Industri melalui Program Industry Competency Framework.
Pendekatan usahasama dalam perancangan dan pelaksanaan tenaga kerja sebegini dilihat akan dapat menambahkan lagi keberkesanan usaha-usaha pihak Kerajaan dalam mengurangkan pengangguran dan secara tidak langsung membasmi masalah kemiskinan di negara ini, iaitu melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berkemahiran khusus dalam kalangan anak-anak tempatan.
Para belia juga disarankan untuk menghargai sesuatu pekerjaan itu sebagai kerjaya dan dilaksanakan dengan rasa bertanggungjawab dan amanah, disiplin, menghormati majikan dan rakan-rakan sekerja serta sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat atau majikan.
Majlis diteruskan dengan Majlis Penandatangan Kontrak Pekerjaan di antara lepasan-lepasan kursus dengan syarikat-syarikat pengusaha jentera berat yang telah bersedia untuk menawarkan pekerjaan kepada lepasan peserta kursus dan penyampaian Hadiah Pelatih Contoh Kursus Pemandu Jentera Berat Kali Ke-7 kepada Awang Ramlin bin Abit yang telah menunjukkan pencapaian dan prestasi yang cemerlang sepanjang kursus dijalankan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]