Home > Bahasa Melayu
Utus takziah berikutan nahas pesawat di Rusia
February 13th, 2018 | 10:57 AM | 990 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin di atas kehilangan nyawa berikutan dengan nahas pesawat di Daerah Ramensky, Wilayah Moscow.
Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah DYMM berasa sedih mengetahui tentang kehilangan nyawa akibat daripada nahas tersebut. Baginda dan kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada TYT Vladimir Putin, kerajaan dan rakyat Persekutuan Rusia, terutama sekali kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam trajedi berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pejabat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]