FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lindungi dan pelihara monumen-monumen lama barangan antik


PENGHULU-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung yang menghadiri sesi taklimat tersebut

 


 February 14th, 2018  |  09:56 AM  |   1331 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sesi Taklimat Akta Barang-barang Purbakala Dan Harta Terpendam 1967, Edisi Semakan 1984, 1991, 2002 diteruskan lagi pada hari ini bertempat di Dewan Teater, Pejabat Daerah Brunei dan Muara.

 

Taklimat adalah usaha Urus Setia Lembaga Muzium, Jabatan Muzium-Muzium bagi membarigakan tentang Akta Barang-barang Purbakala dan Harta Terpendam 1967, edisi semakan 1984, 1991 dan 2002.

 

Sesi dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu Mukim Kota Batu dan Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis dan Ketua Kampung Limau Manis, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Johari @ Jahari serta Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung Brunei Muara khususnya dari Mukim-mukim Serasa, Mentiri, Gadong 'A' dan Gadong 'B', Kota Batu, Kianggeh, Sungai Kebun, Saba, Peramu, Burong Pingai Ayer, Tamoi dan Sungai Kedayan.

 

Taklimat bertujuan untuk menghebahkan tentang Akta Barang-barang Purbakala dan Harta Terpendam yang telah diperkenankan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, diperuntukkan untuk melindungi dan memelihara monumen-monumen lama dan bersejarah, tapak-tapak arkeologi, tinggalan-tinggalan dan barang-barang antik.

 

Akta ini dikawal oleh satu badan yang dikenali sebagai 'Lembaga Muzium', dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Pengarah Muzium-Muzium selaku Setiausaha dan tujuh ahli yang dilantik oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Sebanyak 29 monumen, tapak dan makam telah diwartakan di Daerah Brunei dan Muara antaranya Bangunan Bubungan Dua Belas, Tapak Arkeologi Kota Batu, Tapak Lombong Arang Batu, Bangunan Kastam dan Eksais Diraja, Rumah Jerambak, Rumah Semaun, Makam-makam Sultan seperti Makam Sultan Sharif Ali, Makam Sultan Bolkiah, Makam Sultan Muhammad Jamalul Alam I, Makam Sultan Muhammad Kanzul Alam, Makam Sultan Muhammad Jamalul Alam II, Makam Sultan Ahmad Tajuddin dan Makam Sultan Omar 'Ali Saifuddien III.

 

Taklimat disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Muzium-Muzium, Dayang Aminah binti Haji Majid juga selaku Ketua Urus Setia Lembaga Muzium.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16