Home > Bahasa Melayu
Kempen Kebersihan Pantai Jerudong kutip 200 plastik sampah
LEBIH 70 sukarelawan dari pelbagai institusi dan masyarakat umum menyertai Kempen Kebersihan di Pantai Jerudong.
February 14th, 2018 | 09:59 AM | 793 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sebanyak 200 plastik sampah berjaya dikumpulkan oleh kira-kira 70 sukarelawan yang melaksanakan kempen kebersihan di Pantai Jerudong, pada Ahad lepas.
Kempen tersebut dianjurkan oleh mahasiswa / mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang sedang menjalani Program Bantuan Kemasyarakatan (Community Outreach Programme) di bawah Brunei Hijau (Green Brunei) dan disokong oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) serta V-FAST.
Antara lain, kempen tersebut dihasrat untuk mewujudkan kesedaran terhadap masalah sampah yang terdapat di pantai serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam mengambil tindakan untuk mengurangkan masalah tersebut.
Sukarelawan yang datang dari pelbagai institusi, para penjual di pantai juga masyarakat umum turut serta mengambil bahagian dalam kempen tersebut.
Aktiviti pembersihan berlangsung selama dua jam, di mana 200 plastik sampah dikumpulkan. Kebanyakannya adalah botol plastik, beg plastik, pembungkusan makanan dan jaring ikan yang dibuang.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari, yang juga Pengasas Bersama dan Pengarah Penglibatan Masyarakat Green Brunei dan Ketua Kampung Jerudong, Awang Haji Mohamad Rais bin Haji Ishak.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Ihsan Nazurah Rahman
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]