Home > Bahasa Melayu
Ravens, Arrows dan Warriors juarai Kejohanan Dodgeball kelayakan 2018
PASUKAN yang memenangi kejohanan bergambar ramai.
February 15th, 2018 | 09:10 AM | 645 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kejohanan Dodgeball Kelayakan Kali-I 2018 anjuran Persatuan Dodgeball Brunei Darussalam (BDAS) berakhir dengan menyaksikan pasukan Ravens, Arrows dan Warriors masing-masing muncul Juara dalam Kategori Terbuka Lelaki, Kategori Terbuka Wanita dan Kategori Rookies Lelaki, sekali gus membawa pulang pingat emas dan wang tunai.
Pada perlawanan peringkat akhir yang berlangsung pada Ahad lepas di Kompleks Sukan, Sungai Asam, Naib juara bagi Kategori Lelaki dimenangi oleh pasukan Helangs, manakala tempat ketiga diraih oleh X1 Dodgeburner.
Sementara dalam Kategori Wanita pula, tempat kedua disandang oleh pasukan Viqueens diikuti oleh Elemonators di tempat ketiga, manakala bagi Kategori Rookies Lelaki, Naib Juara dimenangi oleh pasukan Ballista dan Awang Ahmad Irfan bin Ahmad Shahlan dari pasukan Team Spade 1 diumumkan sebagai Pemain Rookies Terbaik.
Turut diadakan ialah Cabaran Men 1 vs 1 dan Women 1 vs 1 yang masing-masing dimenangi oleh Al-Muhaddithsin bin Wera Tomo dari Kelab Helangs dan Nurul Hasyimah binti Azman dari kelab XCO.
Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kejohanan ialah Naib Presiden BDAS, Awang Haji Muhd. Zainul Ariffin bin Haji Zaini dan Jurulatih Kebangsaan Dodgeball Brunei, Muhd. Nazmi bin Mahali.
Sebanyak 35 buah pasukan menyertai kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Februari itu.
Kejohanan merupakan siri kelayakan bagi persediaan Kejohanan Dodgeball Kebangsaan Brunei yang akan diadakan akhir tahun ini nanti.
Beberapa siri kelayakan akan diadakan dan disertai oleh pasukan-pasukan Dodgeball negara, yang mana mata akan dikumpul bagi setiap siri dan disusun mengikut kelayakannya.
Kejohanan akhir tahun ini nanti hanya akan disertai oleh seramai lapan pasukan teratas dalam Kedudukan Brunei (Brunei Ranking) dalam setiap kategori bagi menentukan juara keseluruhan tahun ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Persatuan Dodgeball Brunei Darussalam
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]