Home > Bahasa Melayu
Semai semangat patriotisme penuntut
PEGAWAI Penerangan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya semasa menyampaikan taklimat.
February 15th, 2018 | 09:24 AM | 738 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 327 penuntut Tahun 7 dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD) menghadiri program kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan yang diadakan di sekolah tersebut.
Taklimat mengenai 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' termasuk tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya.
Hadir menyertai taklimat tersebut, Guru Kanan Pentadbiran I SUAMPRIPAD, Dayangku Noorazidawati binti Pengiran Haji Badaruddin.
Pada program tersebut, para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Pembantu Pegawai Luar Penerangan, Awang Haji Abdul Azim @ Haji Mu'az bin Haji Tujoh.
Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada penuntut yang berjaya menjawab kuiz tersebut, yang disampaikan oleh Dayang Hajah Hamsah dan seterusnya sesi bergambar ramai.
Program seumpamanya merupakan usaha berterusan Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan dalam menyemai semangat patriotisme para penuntut untuk menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Hernie Suliana Haji Othman
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]