FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Ke-34 diadakan pada 24 Februari


SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil yang juga selaku Setiausaha Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34

 


 February 15th, 2018  |  09:37 AM  |   1832 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 Tahun dengan mengadakan majlis-majlis utama iaitu Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran, Upacara Perhimpunan Agung dan Acara Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan untuk berangkat bercemar duli bersama kerabat diraja ke Majlis-Majlis Utama Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2018.

 

Demikian dijelaskan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil  yang juga  selaku Setiausaha Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 pada Sidang Media Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2018 yang bertempat di Bilik Persidangan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

 

Menurut Datin Paduka, acara kemuncak sambutan iaitu Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2018 yang akan diadakan pada Sabtu, 24 Februari 2018 di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien bermula jam 7.30 pagi.

 

"Untuk sambutan tahun ini, 138 buah pasukan yang melibatkan 23,000 peserta telah mendaftar untuk menyertai acara perbarisan lalu yang mana telah dibahagikan kepada 14 kluster iaitu Keselamatan Negara, Masyarakat Bestari, Perkhidmatan Awam, Sosio-Ekonomi, Pendidikan Pasca Menengah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Swasta, Takmir Masjid, Persatuan Profesional, Pergerakan Belia, Pergerakan Wanita, Persatuan Umum, Masyarakat Umum dan Pasukan Cemerlang," ujar  Datin Paduka.

 

Datin Paduka menyatakan, Majlis Utama Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera akan diadakan di Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Kampung Bukit Beruang, Daerah Tutong di mana tetamu kehormatnya nanti ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, selaku Timbalan Pengerusi Bersama  Jawatankuasa Tertinggi Sambutan berkenaan, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar manakala bagi Daerah Belait akan diadakan pada Isnin, 19 Februari 2018.

 

"Upacara Menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang menandakan bermulanya pengibaran bendera negara akan diadakan pada Jumaat, 16 Februari 2018 bertempat di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan  bermula jam 8.00 pagi. Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2018. Upacara ini adalah sebagai tanda signifikan bagi bermulanya pengibaran bendera kebangsaan di seluruh negara bagi tempoh 10 hari," ujar  Datin Paduka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19