FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PMB wujudkan masyarakat bermaklumat, berilmu


AHLI Majlis Mesyuarat Negara juga Penghulu Mukim Kota Batu, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis semasa hadir pada Program Masyarakat Bermaklumat.

 


 February 15th, 2018  |  09:38 AM  |   579 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) merupakan salah satu landasan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan agar semua anggota masyarakat memahami, menyokong dan menghayatinya secara berkesan melalui penyampaian taklimat, sesi dialog serta lawatan.

 

Program tersebut antara lain bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan terkini mengenai usaha-usaha ke arah mempertingkatkan taraf hidup serta menyuntik semangat diri juga memberikan inspirasi kepada masyarakat.

 

Ketua Unit Hubungan Masyarakat, Awang Muhammad Khairulhadi bin Haji Muhd. Muhtaddir menjelaskan perkara tersebut pada ucapan alu-aluannya pada PMB bagi Mukim Kota Batu yang berlangsung di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan Jabatan Penerangan, di sini.

 

Beliau menambah, pelaksanaan program itu diharap akan disambut dengan baik dan dimanfaatkan sepenuhnya serta dijadikan sebagai langkah bagi mewujudkan para peserta bermaklumat dan berilmu agar dapat sama-sama menanai hasrat kerajaan dalam mendukung pelaksanaan Wawasan Brunei 2035.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada program tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga Penghulu Mukim Kota Batu, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.

 

Turut hadir, Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad; Ketua-ketua Kampung; pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan serta para peserta program yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta penduduk kampung di bawah Mukim Kota Batu.

 

Para peserta seterusnya mendengarkan taklimat bertajuk Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pegawai Ekonomi Kanan, Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Dayang Nur Edzalina binti Haji Idris.

 

Taklimat seterusnya disampaikan oleh Dayangku Hajah Siti Normadinah binti Pengiran Haji Omarali dari Business Advisory and Services, Darussalam Enterprise (DARE) mengenai peranan DARE dalam pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

 

Pegawai Pertanian, Bahagian Industri Agrimakanan, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Dayang Nurul Ehra Hayati Haji Mohammad Hussin kemudian menyampaikan Taklimat mengenai Keusahawanan dalam Industri Agrimakanan.

 

PMB dikendalikan oleh Jabatan Penerangan melalui Unit Hubungan Masyarakat dan diadakan selama dua hari bermula hari ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19