FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sajikan masakan Brunei dengan cara lebih canggih


MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali semasa mendengarkan penerangan mengenai masakan-masakan yang dipamerkan pada Majlis Pelancaran Minggu Gastronomi Brunei 2018.

 


 February 15th, 2018  |  09:41 AM  |   1262 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pihak pengurusan hotel dan restoran disaran untuk menghidangkan masakan Brunei dengan cara yang lebih canggih dan meningkatkan lagi rasa dan persembahan masakan Brunei untuk disajikan sebagai sebahagian daripada pengalaman menjamu selera yang baik atau di majlis yang diadakan di dalam atau luar negara.

 

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong berkata, adalah penting untuk memberikan pengalaman gastronomi yang unik kepada orang-orang di negara ini dan kepada mereka yang berkunjung.

 

"Semasa Mesyuarat Menteri Pelancongan ASEAN baru-baru ini yang diadakan di Chiang Mai, satu deklarasi bersama tentang Pelancongan Gastronomi telah diterima pakai. Pelancongan gastronomi membantu untuk mewujudkan suasana tempat yang kukuh bagi tujuan penjenamaan dan pemasaran dan juga membantu dalam menjaga dan memelihara warisan dan identiti tempatan serta melindungi biodiversiti," ujar Yang Berhormat pada Majlis Pelancaran Minggu Gastronomi Brunei 2018 berlangsung di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), di sini.

 

 

Terdahulu, Yang Berhormat menjelaskan, tujuan utama Minggu Gastronomi Brunei adalah untuk meraikan Brunei dan mewujudkan kesedaran mengenai kepelbagaian kuliner Brunei dan gastronomi yang meluas.

 

Menurut Yang Berhormat, tahun ini, kemuncak Minggu Gastronomi Brunei 2018 adalah untuk mempromosikan makanan yang dibungkus menggunakan daun pisang di mana daun pisang digunakan untuk memasak, membungkus dan menghidang makanan dalam pelbagai masakan di kawasan tropika dan subtropika.

 

Jelas Yang Berhormat, ia menambah aroma yang baik untuk makanan dan meningkatkan rasa makanan tertentu di mana masakan Brunei yang biasanya dibungkus dalam daun pisang seperti Pais Daging, Pais Udang, Pais Ikan dan lain-lain.

 

Pada majlis itu, Yang Berhormat juga menyampaikan anugerah-anugerah kepada para pemenang Minggu Gastronomi Brunei 2017.

 

Memenangi bagi The Best Taste ialah Hotel Antarabangsa Rizqun, The Best Presentation pula ialah The Empire Hotel & Country Club, manakala The Best Innovation ialah URBN Kitchen diikuti The Best Creativity ialah The Brunei Hotel dan The Best Wholesomeness ialah Royal Brunei Airlines.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan yang disempurnakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan kepada wakil agensi yang mengambil bahagian dalam Minggu Gastronomi Brunei 2018.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47