FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UNISSA tinjau perkembangan universiti di India


ROMBONGAN UNISSA semasa mengadakan lawatan kerja ke Osmania University, Hyderabad.

 


 February 16th, 2018  |  09:28 AM  |   560 views

NEW DELHI, REPUBLIK INDIA

 

Rombongan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang diketuai oleh Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal disertai oleh Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) UNISSA, Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani telah mengadakan lawatan ke beberapa buah universiti terkemuka dan bereputasi tinggi di India dan di peringkat antarabangsa.

 

Siri lawatan ke India ini merupakan jemputan dan tajaan Kerajaan India di bawah Academic Visitors Programme (AVP) yang dikelolakan oleh Indian Council for Cultural Relations (ICCR).

 

Dalam tempoh lawatan ke India bermula 4 hingga 13 Februari 2018 yang lalu, rombongan UNISSA berkesempatan mengunjungi lapan buah universiti di samping mengadakan perbincangan dua hala serta berhasil memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan empat buah universiti ternama, iaitu Jamia Hamdard University, Aligarh Muslim University (AMU) (New Delhi), Darul Uloom Nadwatul Ulama Islamic Institution (Lucknow), dan NALSAR University of Law (Hyderabad).

 

Lawatan hari pertama, rombongan berkunjung ke Jamia Millia Islamia (National Islamic University) yang ditubuhkan tahun 1920. Universiti ini menduduki tempat ke-200 universiti terbaik di Asia oleh QS World University Rankings.

 

Beberapa sesi perjumpaan secara berasingan telah diadakan dengan pihak universiti ini, iaitu dengan Naib Canselor Jamia Millia Islamia, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti Undang-Undang dan Ketua Jabatan Pengajian Islam, Profesor Talat Ahmad.

 

Kunjungan seterusnya ialah ke Jamia Hamdard University, New Delhi yang ditubuhkan pada tahun 1989. Sungguh pun masih baru, universiti ini telah mendapat pengiktirafan daripada National Assessment & Accreditation Council (NAAC) India sebagai sebuah universiti bertaraf gred 'A'. Universiti ini menawarkan bidang pengajian Islam dari peringkat Ijazah Sarjana Muda hingga ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah.

 

Rombongan UNISSA disambut oleh Naib Canselor Jamia Hamdard Universiti, Profesor Dr Seyed E. Hasnain; Pro Naib Canselor, Profesor Dr Ahmad Kamal dan pegawai-pegawai utama universiti.

 

Rombongan meneruskan lawatan ke Aligarh Muslim University (AMU), Aligarh yang ditubuhkan pada tahun 1875 dan merupakan antara universiti Islam tertua di India yang menawarkan lebih daripada 300 program akademik di 12 buah fakulti dan 15 buah pusat. AMU telah mencapai kedudukan ke-8 daripada kalangan 20 universiti penyelidikan teratas di India. Rombongan disambut oleh Naib Canselor AMU, Profesor Tariq Mansoor.

 

Perjalanan rombongan UNISSA diteruskan lagi pada hari berikutnya menuju ke Darul Uloom Nadwatul Ulama Islamic Institution di Lucknow, iaitu sebuah universiti Islam swasta yang ditubuhkan pada tahun 1894. Universiti ini menawarkan program pengajian Islam sepenuhnya dan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa penghantar. Satu sesi perbincangan telah diadakan antara rombongan UNISSA dengan para ulama universiti berkenaan.

 

Rombongan dialu-alukan oleh Rektor Darul Uloom Nadwatul Ulama Islamic Institution, Dr Saeed al-Azami serta para pegawai universiti berkenaan.

 

Selain itu rombongan juga sempat menemui dua orang pelajar Brunei yang sedang mengikuti pengajian di sana, iaitu Awang Sharif Abbas bin Haji Zaini dan Awang Mohamed Shahmie.

 

Dari Lucknow, rombongan meneruskan lawatan kerja ke Kozhikode (Calicut), Kerala dan meninjau perkembangan Darul Huda Islamic University (DHIU) yang ditubuhkan pada tahun 1986. Mereka dialu-alukan  oleh Naib Canselor DHIU, Profesor Dr Bahauddeen Nadwi.

 

DHIU merupakan sebuah universiti Islam yang sangat kuat berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Waljamaah dan bermazhab Shafi'i. Universiti tersebut masih kuat mempertahankan pakaian tradisional ulama Kerala iaitu menggunakan serban putih dan berjubah atau berpakaian putih.

 

UNISSA dan DHIU telah memetrai kerjasama dua hala pada tahun 2016 di Negara Brunei Darussalam. Satu perjumpaan khas dan sesi soal jawab antara rombongan UNISSA dengan pelajar-pelajar Pengajian Lepas Ijazah telah diadakan di dewan utama DHIU.

 

Di sini, Dekan FEKIm UNISSA, Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani diberi penghormatan oleh pihak DHIU untuk menyampaikan satu kuliah khas berkenaan dengan Konsep Ekonomi Islam dan Perkembangan Kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam.

 

Rombongan UNISSA meneruskan perjalanannya menuju ke Hyderabad yang merupakan destinasi terakhir lawatan kerja tersebut dan telah singgah di National Academy of Legal Studies and Research (NALSAR) University of Law bagi membincangkan hubungan kerjasama dua hala dalam bidang Undang-Undang.

 

NALSAR University of Law ditubuhkan pada tahun 1998 yang menawarkan program LL.B, LL.M, dan PhD in Law. India Today 2017 menempatkan NALSAR sebagai universiti kedua terbaik dalam bidang Undang-Undang di India. Rombongan disambut oleh Naib Canselor universiti itu, Profesor Dr Faizan Mustafa.

 

UNISSA seterusnya mengadakan kunjungan ke Osmania University, Hyderabad yang ditubuhkan pada tahun 1918 iaitu pada zaman pemerintahan Nizam al-Muluk yang memerintah Hyderabad sehingga 1948. Universiti ini mempunyai bilangan pelajar lebih daripada 600,000 orang di kampus utama dan di kampus cawangan seluruh India.

 

Seramai 3,700 orang pelajar antarabangsa sedang mengikuti pengajian di universiti tersebut yang datang dari 80 buah negara. Osmania University mempunyai 12 buah fakulti dan terkenal dengan jurusan kejuruteraan dan teknologi, undang-undang, kesenian, sains, perdagangan dan pengurusan. Universiti ini telah menduduki ranking ke 201-250 di Asia oleh The BRICS & Emerging Economies University Rankings 2017. Di sini rombongan disambut oleh Naib Canselor Osmania University, Profesor Dr S. Ramachandram, Naib Canselor Osmania University.

 

Satu sesi perbincangan telah diadakan dengan pihak universiti berkenaan untuk melihat peluang kerjasama yang dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

 

Sebelum berangkat pulang ke Negara Brunei Darussalam, rombongan UNISSA mengambil peluang untuk mengadakan kunjungan ke Maulana Azad National University, Hyderabad yang ditubuhkan pada tahun 1998.

 

Universiti ini telah diiktiraf oleh NAAC sebagai sebuah universiti bertaraf gred 'A'. Menyambut rombongan UNISSA ialah Profesor Dr Mohammed Aslam Parvaiz, Naib Canselor Maulana Azad National University. Satu perbincangan telah berlangsung untuk melihat peluang kerjasama antara kedua-dua buah universiti khasnya dalam bidang pengajian bahasa Arab.

 

Kunjungan UNISSA ke beberapa buah institusi pengajian tinggi di India telah berjaya membuka ruang kerjasama lebih luas dalam bidang akademik, khususnya dalam pengajian Islam, undang-undang dan bahasa Arab antara UNISSA dan institusi-institusi pengajian tinggi yang dikunjungi, sekali gus meningkatkan lagi reputasi UNISSA di arena antarabangsa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Universiti Islam Sultan Sharif Ali

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19