Home > Bahasa Melayu
Mantapkan tindakan bersepadu dalam mengurus bencana
PUSAT Pengurusan Bencana Kebangsaan semasa menerangkan taklimat mengenai latar belakang dan mekanisme pengurusan bencana di negara ini kepada rombongan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
February 16th, 2018 | 09:42 AM | 640 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) telah menerima lawatan kerja dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang diketuai oleh Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny.
Ketibaan rombongan YSHHB dialu-alukan oleh Pengarah NDMC, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said yang juga Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat.
Semasa lawatan, rombongan mendengarkan taklimat mengenai latar belakang dan mekanisme pengurusan bencana di Negara Brunei Darussalam.
Rombongan juga berkesempatan membincangkan penglibatan dan kerjasama berterusan antara NDMC dan Unit Sukarelawan YSHHB dalam sama-sama membantu meringankan beban mangsa-mangsa bencana alam, selain dari bertukar pengalaman dan fikiran ke arah memantapkan lagi tindakan-tindakan bersepadu dalam mengurus bencana.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]