Home > Bahasa Melayu
Pupuk semangat patriotisme belia
SETIAUSAHA Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dato Paduka Haji Mohd Nor bin Haji Jeludin semasa mengagihkan bendera kecil kepada para pelajar.
February 16th, 2018 | 09:44 AM | 920 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sejumlah 5,000 bendera kecil meja telah diagih-agihkan kepada para pelajar sekolah dalam beberapa buah majlis berasingan yang diadakan di tiga buah daerah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 Tahun 2018.
Di Daerah Brunei dan Muara, majlis diadakan di Sekolah Tangga Jaya 'Learning Tree' Jalan Pulaie, yang dihadiri oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dato Paduka Haji Mohd Nor bin Haji Jeludin selaku tetamu kehormat.
Majlis dikelolakan bersama oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Penerangan dan Pejabat Daerah Brunei Muara.
Majlis merupakan salah satu acara sampingan yang diungkayahkan sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 dengan harapan untuk memupuk kesedaran semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini terutama sekali golongan belia.
Selain itu, majlis juga dihasrat untuk menggalakkan rakyat dan penduduk negara ini menghormati bendera negara dan sama-sama memastikan bendera negara akan dikibarkan pada hari-hari kebesaran negara.
Bagi Daerah Belait, majlis yang sama akan diadakan pada 19 Februari ini bertempat di Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar 'Ali Saifuddien.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]