FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kukuhkan semangat patriotisme, hormati bendera negara


MAJLIS dimulakan dengan menyanyikan Lagu Kebangsaan dan menaikkan Bendera Negara di perkarangan Sekolah Rendah Sultan Hassan, Bangar TETAMU Kehormat, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin mengagihkan bendera kecil meja kepada seorang pelajar daripada salah sebuah sekolah di Daerah Temburong.

 


 February 16th, 2018  |  09:45 AM  |   641 views

TEMBURONG

 

Ke arah memupuk kesedaran semangat patriotisme di kalangan rakyat dan penduduk negara ini terutama golongan belia, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Penerangan dan Pejabat Daerah mengelolakan Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera bertempat di Sekolah Rendah Sultan Hassan, Bangar, di sini.

 

Majlis merupakan acara sampingan yang diungkayahkan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu; Pegawai Daerah Temburong, Md. Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Sultan Hassan, Awang Safrillah bin Haji Ahmad, selaku Pengerusi Bersama Majlis.

 

Majlis dimulakan dengan menaikkan bendera negara dan menyanyikan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' di perkarangan SR Sultan Hassan disertai oleh tetamu kehormat, dan seterusnya dijemput untuk menyaksikan pameran aktiviti-aktiviti sekolah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan yang dijalankan di sekolah berkenaan.

 

Pengerusi Majlis, Pemangku Guru Besar SR Sultan Hassan, Dayang Vivi Hairani binti Haji Tudin dalam ucapan alu-aluannya antara lain melahirkan penghormatan terhadap bendera negara yang merupakan satu media untuk mempertebalkan rasa nasionalisme dan jiwa patriotisme, untuk menjamin tetap tegaknya kedaulatan negara dan keutuhan bangsa kita.

 

''Meletakkan bendera kecil di atas meja kelas dapat meningkatkan kesedaran mereka dalam memberikan penghormatan dan meletakkan bendera kitani sebagai lambang rasa jati diri, secara langsung dapat mendidik mereka untuk menjaga, menghormati serta memperkasakan bendera sebagai lambang kedaulatan negara, yang mana nilai-nilai inilah yang perlu dipupuk dan disemaikan kepada pelajar-pelajar sedari kecil,'' jelasnya.

 

Seterusnya tetamu kehormat mengagihkan bendera kecil meja kepada pelajar-pelajar SR Sultan Hassan dan wakil dari sekolah-sekolah di Daerah Temburong yang hadir.

 

Majlis juga diserikan dengan persembahan sketsa pendek mengenai bendera negara dan persembahan lagu patriotik oleh pelajar-pelajar SR Sultan Hassan dan Kumpulan Koir Citra Alunan dengan lagu 'Sumpah dan Janji', yang merupakan juara Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik Antara Mukim-Mukim Daerah Temburong.

 

Dalam temu bual bersama seorang murid Tahun 5 SR Sultan Hassan, Mohd. Zakwan Muqri Afiq Hasyir bin Haji Ismail ternyata sudah dilatih untuk menghayati bendera negara sejak dari awal lagi, memandangkan pengetahuannya terhadap setiap lambang-lambang yang terdapat di atas bendera.

 

Di samping itu, beliau juga menanam hasrat untuk menyertai perbarisan lalu di Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan di masa akan datang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hernie Suliana Haji Othman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10