Home > Bahasa Melayu
Semarakkan pengibaran bendera
Berangkat menyempurnakan Majlis Utama Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.
February 16th, 2018 | 09:48 AM | 720 views
TUTONG
Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera bagi Pelajar-Pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Arab / Ugama berlangsung secara serentak di tiga daerah.
Di Daerah Tutong, majlis berlangsung di Sekolah Menengah Sayyidina Othman (SMSO), Kampung Bukit Beruang.
Berangkat menyempurnakan Majlis Utama Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.
Keberangkatan Yang Amat Mulia dijunjung oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil, selaku Pengerusi bersama Jawatankuasa Kerja Menaikkan dan Menurunkan Bendera Besar dan Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera.
Juga hadir ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, selaku Penghulu Mukim Telisai; Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya; Pengetua SMSO, Dr. Vincent Andrew; penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai kanan dari KKBS, pegawai dan kakitangan dari Jabatan Penerangan serta pengetua-pengetua sekolah.
Pada tahun ini, sebanyak 5,000 bendera kecil / meja telah diagih-agihkan di seluruh negara sebagai usaha menyemai kecintaan dan rasa patriotisme dalam jati diri belia dari akar umbi, selain untuk memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-34, Tahun 2018 agar kita berasa bangga kerana mempunyai negara yang merdeka, aman dan damai di bawah taufik dan inayah Allah dan menjadi negara 'Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur'.
Source:
@BRUDIRECT.COM
by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]