Home > Bahasa Melayu
Masyarakat Tionghua rayakan Sambutan Tahun Baharu Cina
PEHIN Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin menerima tetamu dari Ketua-ketua Perwakilan asing di negara ini.
February 17th, 2018 | 10:06 AM | 971 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sambutan Tahun Baharu Cina 2018 disambut meriah oleh masyarakat Tionghua di Negara Brunei Darussalam di mana ada antaranya menyambut perayaan tersebut dengan mengadakan rumah terbuka.
Sambutan Tahun Baharu Cina merupakan masa bagi ahli keluarga untuk berkumpul dan sama-sama meraikan sambutan berkenaan.
Ia merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Antara kalangan masyarakat Tionghua yang mengadakan rumah terbuka hari ini ialah Chang Eng Hong di Kampung Salambigar, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Ong Tiong Oh, Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Pengarah Urusan D'Sunlit Sendirian Berhad, Jackson Ting.
Ketika ditemui di kediaman Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Ong Tiong Oh di Jalan Kebangsaan menyatakan, sambutan tahun ini tidak ada bezanya dan juga ramai sanak saudara dan orang ramai mengunjungi rumah terbuka.
Menurutnya, setiap tahun sambutan Tahun Baharu Cina begitu bermakna bagi kaum Cina, bukan hanya di Brunei malah di negara lain.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]