FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kibarkan bendera zahirkan taat setia


TETAMU kehormat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman yang juga Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong menerima bendera dari Penghulu Mukim Serasa.

 


 February 17th, 2018  |  10:08 AM  |   637 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan Negara Brunei Darussalam serta dalam menanamkan semangat patriotik di kalangan para penduduknya, Mukim Serasa tidak ketinggalan bagi sama-sama mengadakan Majlis Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 pada tahun 2018.

 

Majlis Menaikkan Bendera tersebut diadakan di pekarangan kediaman Penghulu Mukim Serasa, Mejar Bersara Awang Haji Johari bin Haji Abdul Razak di Jalan Meragang, Kampung Kapok, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman yang juga Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Awang Fizri bin Haji Johari diikuti dengan perbarisan lalu pembawa bendera negara, yang diketuai oleh Pegawai Waran 1 Besara, Awang Jalani bin Haji Mantal, dan seterusnya menyerahkan bendera tersebut kepada tetamu kehormat oleh Penghulu Mukim Serasa yang seterusnya menyerahkan kepada petugas untuk dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.

 

Majlis yang dihadiri oleh penduduk sekitar turut diwarnai dengan persembahan lagu-lagu patriotik, diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada para pengiring pembawa bendera yang juga disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Awang Fizri bin Haji Johari.

 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Kampung Kapok dan Pemangku Ketua Kampung RPN Meragang, Awang Haji Marali bin Haji Ahmad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39