Home > Bahasa Melayu
PPDB adakan Doa Kesyukuran, Solat Hajat Puja Usia DPMM
PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam semasa menunaikan Sembahyang Maghrib dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.
February 17th, 2018 | 10:14 AM | 725 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Solat Hajat sempena Hari Puja Usia Ke-44 Tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Inspektor Jeneral Polis bertempat di Surau Ibu Pejabat Polis, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al Islam.
Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, para pengarah, timbalan pengarah, para pegawai pemerintah Daerah Polis, ketua formasi, pegawai dan anggota PPDB.
Majlis yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam PPDB dimulakan dengan Sembahyang Maghrib Berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Hajat serta Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis, APO SM 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Mat Tahir.
Majlis tersebut diadakan setiap tahun bermulanya DYTM Pengiran Muda Mahkota dilantik menjadi Timbalan Inspektor Jeneral Polis pada 5 Mei 2005.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Nooratini Haji Abas
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]