FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bendera besar berkibar megah di ibu negara


YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyerahkan bendera besar negara kepada Anggota Tentera Laut Diraja Brunei.

 


 February 17th, 2018  |  10:19 AM  |   995 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bendera besar Negara Brunei Darussalam berkibar megah di kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di sini, memupuk semangat patriotik rakyat dan penduduk, untuk sama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan NBD yang ke-34 yang saban tahun diraikan setiap menjelangnya 23 Februari.

 

Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang berukuran 3.7 x 7.3 meter itu juga sekali gus menandakan permulaan acara-acara keraian bagi sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan negara tahun ini.

 

Sehubungan itu, Upacara Menaikkan Bendera diadakan di sini dengan kehadiran Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat majlis.

 

Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Mudim Awang Haji Amran bin Haji Mohd. Salleh.

 

Majlis seterusnya menyaksikan anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei berarak masuk bagi penyerahan dan penerimaan Bendera Besar daripada tetamu kehormat majlis.

 

Penyempurnaan upacara menaikkan bendera besar negara diiringi dengan nyanyian Lagu Kebangsaan NBD 'Allah Peliharakan Sultan' oleh seramai 78 pelajar dari kumpulan koir Sekolah Menengah Berakas dengan iringan Pancaragam Pasukan Polis Diraja Brunei yang juga diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.

 

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan seterusnya menyampaikan bendera-bendera dan poster-poster sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-34, 2018 kepada pegawai-pegawai daerah dari seluruh negara.

 

Turut hadir, Ahli Jawatankuasa Tertinggi, Ahli-Ahli Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, wakil-wakil jabatan kerajaan dan swasta serta para Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

 

Dengan berkibarnya bendera besar di ibu negara itu menyeru rakyat dan penduduk untuk sama-sama menaikkan bendera kebangsaan dan bendera masing-masing bagi mereka yang dikurniakan gelaran serta di semua bangunan kerajaan dan premis-premis perniagaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12