Home > Bahasa Melayu
Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Puja Usia DPMM
HADIR selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Pertahanan ke-II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof
February 17th, 2018 | 10:23 AM | 1295 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) petang tadi mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Ad-Difa, Bolkiah Garison sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pe(B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Turut hadir, Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji ngiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB Ke-44 Tahun.
Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Mahmud; Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kapten (Bersara) Dato Paduka Abd. Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB; Pemerintah-Pemerintah Tentera; Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi dan Pembangunan); Pengarah-Pengarah; Komandan-Komandan, Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Ma'idah oleh Koperal Pengiran Habib Hazwan bin Pengiran Salleh, diikuti dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan Sembahyang Hajat dan diselajurkan dengan bacaan Surah Yaa Siin, Doa Khusus dan diteruskan dengan Sembahyang Isyak yang diketuai oleh Imam Shuib bin Haji Abdullah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]