Home > Bahasa Melayu
Seorang lelaki warga asing telah ditemui terbaring berlumuran darah di dalam tandas perempuan di salah sebuah kompleks membeli-belah di kawasan Gadong.
February 18th, 2018 | 10:13 AM | 781 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Menurut Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), mereka telah menerima laporan berkenaan pada 16 Februari, pukul 5.01 petang dan meminta bantuan pihak polis untuk segera ke tempat kejadian.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati dalam keadaan terbaring dan mengalami kecederaan parah.
Pihak paramedik segera memberikan bantuan perubatan kepada mangsa sebaik saja tiba di lokasi tersebut dan mangsa telah dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi menjalani rawatan segera.
Siasatan kini sedang dijalankan dan punca sebenar masih dalam diketahui.
PDB ingin mengingatkan dan meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi berkaitan dengan kejadian berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]