FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


YSHHB Laksana Projek Bantuan Kemasyarakatan Mangsa Banjir


PENOLONG Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Musthapa bin Haji Matahir semasa mengetuai aktiviti kemasyarakatan tersebut.

 


 February 18th, 2018  |  10:16 AM  |   1109 views

TUTONG

 

Selaras dengan dasar penubuhannya, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) terus melaksanakan aktiviti kebajikan khususnya membantu mereka yang memerlukan bantuan.

 

 Kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara termasuk Daerah Tutong pada awal bulan Februari mendapat perhatian dari YSHHB Bolkiah untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

 

 Sehubungan itu, YSHHB melalui Projek Bantuan Kecemasan dan Kemasyarakatan (PBKK) mengadakan aktiviti kemasyarakatan bagi membersihkan tiga buah rumah ibu tunggal yang terlibat dalam bencana banjir di Mukim Tanjong Maya, Tutong, di sini.

 

Hadir mengetuai aktiviti kebajikan tersebut ialah Penolong Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Musthapa bin Haji Matahir.

 

 Bantuan Yayasan di bawah PBKK dilaksanakan bagi membantu meringankan beban mangsa bencana alam seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.

 

 Projek bantuan kemasyarakatan tersebut dilaksanakan dengan kerjasama para sukarelawan Yayasan, Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) dan Balai Bomba Lamunin yang turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan YSHHB.

 

Salah seorang mangsa banjir yang tinggal di Kampung Bengungus, Dayang Hajah Nooraini binti Haji Zubaidi menjelaskan, ini merupakan kali kedua beliau mengalami musibah yang sama sehingga ketinggian air mencecah ke paras pinggang.

 

 Beliau yang tinggal bersama seorang anaknya di rumah tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat kerana menghulurkan bantuan kepadanya sekeluarga.

 

 Manakala Awang Mohd. Zulfikar bin Haji Ismail yang tinggal bersama ibunya di Jalan Sebakit Bawah, Kampung Tanjong Maya juga turut melahirkan penghargaan kepada pihak YSHHB kerana sama-sama turun padang memberikan bantuan.

 

Selain itu, jelasnya lagi, penduduk kampung setempat dan kawan-kawan juga turut menghulurkan bantuan bagi meringankan sedikit beban semasa musibah tersebut berlaku yang menyaksikan air memasuki kawasan rumah sehingga ke paras dada.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19