Home > Bahasa Melayu
Pesilat negara raih pingat perak dan gangsa
PESILAT negara, Norleyermah binti Haji Raya berjaya meraih pingat perak pada Kejohanan Pencak Silat Jemputan Laluan ke Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.
February 19th, 2018 | 09:58 AM | 535 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pesilat Wanita Negara, Norleyermah binti Haji Raya mempamerkan persembahan terbaiknya pada kejohanan antarabangsa telah berjaya membawa pulang pingat perak pada Kejohanan Pencak Silat Jemputan Laluan ke Sukan Asia 2018, yang berlangsung di Padepokan, Jakarta, Indonesia pada 14 Februari lalu.
Kontinjen Negara Brunei Darussalam selamat tiba ke tanah air setelah memperolehi beberapa pingat, iaitu perak dan gangsa.
Ketika ditemui sejurus ketibaan, Norleyermah melahirkan rasa syukur kerana memperolehi pingat perak, walau pun berasa sedih kerana hanya kalah satu mata kepada pemenang pingat emas dari Republik Filipina.
Menurutnya, dalam acara Seni Tunggal peringkat akhir tersebut peserta-peserta yang bertanding pada masa ini akan bertanding lagi pada bulan Ogos tahun ini.
Sementara itu, dua lagi pesilat negara turut bertanding pada kejohanan tersebut ialah Zainorarif Zaini dan berjaya mengutip pingat gangsa bagi acara Tanding Kelas 'D', sementara Elmi Zaini memulakan persaingannya dalam acara Tanding Kelas 'B'.
Kontinjen silat negara diketuai oleh Haji Adanan Ahad selaku Pengurus, diiringi Jurulatih Tanding dan Seni, Hassan Haji Tuah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]