FacebookInstagramTwitterContact

 

Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>           Blunt Olyroos Suffer Calamitous Loss In Olympic Games Qualifier           >>           The Bolden The Beautiful: Sarina On The Jets, The Philippines, And The Growth Of The Game           >>           FA Cup Replays To Be Scrapped From 2024-25 Season           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Santap Petang raikan puja usia DPMM


DULI Yang Teramat Mulia semasa berkenan menandatangani 'Lembaran Kenangan Keberangkatan'.

 


 February 19th, 2018  |  10:10 AM  |   1173 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Timbalan Inspektor Jeneral Polis Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang sempena Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Ke-44 Tahun anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).

 

Berangkat sama di majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia berserta kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al Islam dan Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

 

Pada majlis berkenaan, DYTM berkenan beramah mesra bersama pegawai-pegawai kanan diikuti dengan menandatangani 'Lembaran Kenangan Keberangkatan' dan disusuli dengan sesi bergambar ramai.

 

Sambutan puja usia DYTM turut dimeriahkan dengan majlis memotong kek yang diiringi dengan nyanyian puja usia oleh pasukan koir terdiri daripada pegawai-pegawai PDB.

 

DYTM seterusnya berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh Pesuruhjaya Polis.

 

DYTM  serta kerabat diraja yang lain kemudiannya dijunjung ke Dewan Bankuet bagi Majlis Santap.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, DYTM berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai-pegawai polis serta anggota PDB.

 

Seluruh anggota PDB, serta keluarga dengan penuh hormat  dan takzim menyembahkan ucapan Selamat Hari Puja Usia Yang Ke-44 Tahun ke hadapan majlis DYTM dan berdoa ke hadrat Allah, semoga akan sentiasa melimpahkan kurnia kesihatan kepada DYTM berserta kerabat diraja.

 

Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Datin Hajah Elinda binti C.A. Mohamed dan Setiausaha Tetap Keselamatan dan Penguatkuasaan di JPM, Leftenan Kolonel (B) Pengiran Haji Muhamad Sazali bin Pengiran Haji Yakob.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-19 23:37:17