Home > Bahasa Melayu
Semai taat setia, kibarkan bendera negara
TETAMU kehormat, Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.
February 20th, 2018 | 10:02 AM | 960 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-34 tahun, Politeknik Brunei tidak ketinggalan untuk sama-sama mengadakan Majlis Menaikkan Bendera, yang berlangsung di Bangunan Politeknik Brunei, Jalan Ong Sum Ping.
Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.
Majlis dimulakan dengan penyerahan Bendera Kebangsaan kepada Kadet Tentera Politeknik Brunei dan diikuti dengan upacara menaikkan bendera yang diiringi dengan nyanyian Lagu Kebangsaan.
Acara tersebut dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Brunei dan Majlis Persatuan Pelajar.
Di antara matlamat majlis ini diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan negara serta untuk mengukuhkan rasa nasionalisme di kalangan kakitangan dan pelajar Politeknik Brunei.
Hari Kebangsaan pada tahun ini bertemakan 'Menjayakan Wawasan Negara'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]