Home > Bahasa Melayu
UNISSA - UIN bincang kerjasama dua hala
DEKAN dan Pensyarah Fakulti Bahasa Arab UNISSA bergambar ramai bersama rombongan.
February 20th, 2018 | 10:03 AM | 1107 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab menerima kunjungan Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia.
Kunjungan pertama itu bertujuan untuk membincangkan bidang kerjasama memandangkan terdapat aspek persamaan di antara kedua-dua universiti tersebut dalam bidang bahasa Arab.
Antara bidang kerjasama yang diharapkan adalah memperkasa penggunaan bahasa Arab menerusi pelbagai aktiviti, antaranya perkhemahan bahasa Arab dan Debat, di samping keperluan untuk melakukan kerjasama dalam penyelidikan dan penyediaan buku teks.
Rombongan UIN diketuai oleh Dekan Fakultas Humaniors, Dr. Haji Syafiyah itu dialu-alukan oleh Dekan Fakulti Bahasa Arab, Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad.
Penganjuran seminar kolaborasi mengenai ''Realiti Pengajaran Bahasa Arab dan Kesusasteraan Arab di UNISSA dan UIN Malang'' adalah kerjasama pertama yang dilakukan di antara dua universiti.
Seminar itu membahaskan isu dan cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua universiti dalam pengajaran bahasa Arab dan kesusasteraan Arab.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Universiti Islam Sultan Sharif Ali
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]