Home > Bahasa Melayu
Yayasan anjur Majlis Doa Kesyukuran
YAYASAN Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Puja Usia DYTM DPMM Ke-44.
February 20th, 2018 | 10:04 AM | 807 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Puja Usia Ke-44 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung di Kompleks Yayasan, di ibu negara.
Hadir, Timbalan Pengerusi I Lembaga Pengarah Yayasan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Turut hadir, ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan dan Lembaga Pemegang Amanah DANA, para jemputan khas termasuk para penyumbang tetap DANA, pegawai dan kakitangan Yayasan serta guru-guru Sekolah Yayasan.
Atur cara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diimamkan oleh Penguasa Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Awang Haji Zulkifli bin Haji Murat diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]