Home > Bahasa Melayu
Terapkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar
PEMANGKU Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar (lima dari kanan) semasa hadir pada Upacara Menaikkan Bendera Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-34 Tahun berlangsung di hadapan Bangunan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
February 20th, 2018 | 10:12 AM | 787 views
BANDAR SERI BEGAWANs
Menaikkan bendera melambangkan kemakmuran dalam pentadbiran sesebuah negara dan semangat patriotik.
Dengan menaikkan bendera, bukan sahaja menampakkan kesyukuran kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala, tetapi cinta pada agama, bangsa dan negara yang berpegang dengan falsafah Melayu Islam Beraja.
Sehubungan itu, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) turut mengadakan Upacara Menaikkan Bendera sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-34 Tahun, berlangsung di hadapan bangunan kolej tersebut, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyerahkan bendera kepada Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat KUPU SB bagi upacara penaikan bendera ialah Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.
Terdahulu, acara dimulakan dengan perbarisan lalu oleh pembawa bendera besar, Majlis Perwakilan Pelajar, pasukan beruniform KUPU SB, terdiri daripada Pandu Puteri, Pengakap, Kadet Bomba dan Penyelamat, Kawalan Keselamatan juga Pertolongan Kecemasan.
Objektif majlis itu adalah untuk menanamkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar-pelajar kolej berkenaan, di samping menerapkan dan menimbulkan rasa cinta pada tanah air juga Brunei Darussalam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Nooratini Haji Abas
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]