Home > Bahasa Melayu
Kunjungan muhibah rombongan IPHI, Aceh ke Mukim Seria
AHLI Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Ketua Kampung STKRJ Lorong 3 Selatan Seria, Awang Haji Saidin bin Haji Ibrahim semasa mengalu-alukan rombongan diketuai oleh Ketua IPHI Kota Sabang Acheh, Haji Badaruddin bin Abd. Manaf.
February 20th, 2018 | 10:18 AM | 1679 views
SERIA
Seramai 27 Muslimah Majlis Taklim Wanita Al-Mabrurah Ahli-ahli Ikatan Persaudaraan Haji Indonesia (IPHI) dari Pulau Weh Kota Sabang, Aceh, Indonesia membuat kunjungan muhibah ke negara ini selama dua hari.
Rombongan tersebut diketuai oleh Ketua IPHI, Haji Badaruddin bin Abd. Manaf yang diiringi oleh isterinya, Ketua Perhimpunan Haji Wanita Muslimah, Hajah Salmiyati binti Mahidin.
Mereka mengadakan lawatan ke Mukim Seria dan dialu-alukan oleh Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin bersama Ketua Kampung Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Lorong 3 Selatan Seria, Awang Haji Saidin bin Haji Ibrahim dan Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK), Kumpulan PERTIWI, Canang Citra dan Kumpulan Dikir Nurhidayah, berlangsung di Dewan Pejabat Daerah Seria.
Rombongan dialu-alukan dengan persembahan silat dari Pesilat Warisan Pelangi, persembahan pentas MPK STKRJ Lorong 3 Seria, alunan Tausyeh dari kumpulan Dikir Nurhidayah dan sebuah syair dari Persatuan PERTIWI.
Pada lawatan tersebut, rombongan juga berkesempatan melawat pameran serta jualan produk untuk dijadikan cendera kenangan.
Temu bual Pelita Brunei bersama Ketua IPHI Kota Sabang Acheh, Haji Badaruddin bin Abd. Manaf memberitahu kunjungan mereka bertujuan untuk melihat sendiri tentang perkembangan Islam dan membuat pendekatan tentang hal-hal keagamaan, selain membuat pendekatan bersama masyarakat Brunei secara dekat, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim di antara dua negara yang menjalankan hukum hudud.
Sementara itu, Ketua Perhimpunan Haji Wanita Muslimah, Hajah Salmiyati binti Mahidin berkata, di samping membuat kunjungan dan lawatan muhibah mereka juga berasa berbesar hati dengan layanan serta ramah-tamah masyarakat Brunei.
Lawatan jangka pendek tersebut dapat menimba pengalaman serta melihat sendiri tentang adat resam serta budaya brunei dan berhasrat untuk membawa lebih ramai lagi rombongan pada masa akan datang serta berbesar hati menerima kunjungan juga lawatan balas dari Negara Brunei ke Pulau Weh Sabang, Aceh, Indonesia yang terletak di Daerah Nangroe Aceh Darussalam yang mempunyai pantai yang indah, air laut yang biru dan bersih serta pepohonan yang menghijau.
Lawatan tersebut merupakan kunjungan pertama mereka ke negara ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Noraisah Haji Muhammed
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]