Home > Bahasa Melayu
Doa Kesyukuran sempena Puja Usia DPMM
HADIR di Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Yang Ke-44 Tahun DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan JPM ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud
February 20th, 2018 | 11:26 AM | 737 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Puja Usia yang ke-44 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di JPM.
Hadir pada majlis yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen di sini ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Timbalan Menteri di JPM, Datin Dayang Hajah Elinda binti C.A. Mohamed.
Juga hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan serta para pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd. Yassin yang juga membacakan Doa Kesyukuran.
Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Asar berjemaah
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]