Home > Bahasa Melayu
Selamat meluaran seorang putera
February 20th, 2018 | 11:27 AM | 1239 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini memaklumkan bahawasanya Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, iaitu isteri kepada Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala, telah selamat meluaran seorang putera pada hari Isnin, 3 Jamadilakhir, 1439 bersamaan dengan 19 Februari 2018, jam 8.52 pagi.
Berikutan dengan meluaran ini, sebanyak 17 das tembakan meriam telah dilepaskan di pekarangan Istana Nurul Iman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]