Home > Bahasa Melayu
Filem Jepun pelbagai genre ditayangkan secara percuma
February 21st, 2018 | 08:40 AM | 504 views
BANDAR SERI BEGAWANs
Sebanyak tujuh buah filem dari pelbagai genre akan ditayangkan secara percuma untuk orang ramai sempena Festival Filem Jepun (JFF) bermula 21 hingga 28 Februari ini pada jam 7.30 malam bertempat di The Arena Cineplex, Seri Qlap Mall.
Menurut Japan Foundation (JF), festival tersebut merupakan anjuran JF dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam sebagai platform untuk menarik minat para penonton dari negara ASEAN akan filem-filem Jepun, di bawah visi untuk membina sistem yang menghubungkan pasaran filem Asia Pasifik dan industri filem Jepun.
Tajuk-tajuk filem terdiri daripada Chihayafuru (Part 1 & 2); Her Love Boils Bath Water; Rudolf the Black Cat (animasi); ReLife; Honnouji Hotel dan The Mohican Comes Home akan ditayangkan dalam bahasa Jepun dengan sarikata bahasa Inggeris.
Tiket-tiket bagi tayangan percuma tersebut boleh didapati di The Arena Cineplex bermula 5.00 petang hingga 6.30 petang pada sepanjang festival berlangsung.
Untuk maklumat lanjut mengenai JFF boleh menghubungi talian 8636488 atau melayari Facebook : 'www.facebook.com/japanesefilmfestivalbn'; @jffbrunei di Instagram dan 'http://bn.japanesefilmfest.org'
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Hernie Suliana Haji Othman
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]