Home > Bahasa Melayu
Kem Suai Kenal bina kemahiran berpengakap belia
AHLI Pengakap Muda dan Remaja bergambar ramai bersama Para Pemimpin Pengakap.
February 21st, 2018 | 08:41 AM | 890 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 120 pengakap dari Pasukan Pengakap Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Sekolah Menengah Awang Semaun, Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Sekolah Menengah Rimba 1 dan Sekolah Menengah Menglait menyertai Kem Suai Kenal 2018 anjuran Majlis Pemimpin Persatuan Pengakap Daerah Brunei Muara.
Perkhemahan tersebut diadakan bermula 17 hingga 18 Februari 2018 di tapak Pusat Latihan dan Kegiatan Pengakap Kebangsaan, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Kampung Beribi.
Pergerakan Pengakap adalah antara Pergerakan Belia yang berperanan dalam menyediakan program yang menjurus kepada pembangunan dan pendidikan belia muda.
Menerusi perkhemahan ini, ia dapat memberikan pendedahan mengenai pergerakan Pengakap serta beberapa kemahiran asas berpengakap di samping memupuk semangat setia kawan dalam kalangan ahli Pengakap.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Ihsan Faridah Ibrahim
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]