FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penerima anak kunci rumah zahirkan rasa kesyukuran


AWANG Haji Suhaimi bin Haji Ibrahim...menyatakan rumah yang didiami itu sangat selesa serta dapat menampung isteri dan empat orang anaknya.

 


 February 21st, 2018  |  08:48 AM  |   483 views

TUTONG

 

Sejak wujudnya Rancangan Perumahan Negara (RPN), ia terus berkembang serta dinikmati oleh rakyat dan penduduk negara ini. Hingga ke hari ini, lebih daripada 28 ribu buah rumah di bawah RPN dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) dibina di seluruh negara.

 

Daripada jumlah itu, 27,045 dianugerahkan kepada para penerima yang berkelayakan, sementara 1,943 orang adalah pemohon yang berjaya mengikuti RPN bagi Daerah Tutong dan 6,334 pemohon bagi Daerah Belait.

 

Para penerima Rumah Teres RPN Lumut dan Lorong Tengah Seria melahirkan rasa kegembiraan dan menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada majlis pengurniaan yang berlangsung di Dewan Pusat Tingkatan Enam Tutong, di sini.

 

Awang Yanih bin Erih yang dianugerahkan sebuah rumah di RPN Lorong Tengah Seria sebelum itu pernah tinggal menyewa di Seria.

 

Ketika ditemu bual Pelita Brunei, beliau melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana diberikan anugerah tersebut dan sekali gus dapat meringankan bebanan beliau sekeluarga.

 

Sementara itu, Awang Haji Suhaimi bin Haji Ibrahim, penerima rumah di RPN Lumut pula menyatakan, rumah yang didiami itu sangat selesa serta dapat menampung isteri dan empat orang anaknya.

 

Dengan memiliki rumah tersebut, bukan sahaja melengkapkan hidup bahkan dapat menjalankan kehidupan seharian mereka.

 

Penganugeran rumah-rumah berkenaan jelas mencerminkan keprihatinan dan pemedulian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada rakyat serta penduduk negara ini.

 

Ia secara langsung membuktikan komitmen kerajaan dalam mendukung hasrat dan cita-cita baginda khususnya dalam menyediakan perumahan yang berkonsep berdaya tahan dan mapan dimiliki selaras dengan salah satu objektif Rancangan Kemajuan Negara (RKN) untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10