FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


360 juta penduduk dunia alami masalah pendengaran


PAKAR dari Jabatan Otorinoloringologi, Kementerian Kesihatan, Pengiran Dr. Hajah Norsuhazenah bnti Pengiran Haji Suhaili semasa menerangkan mengenai 'Hari Pendengaran Sedunia' yang akan diadakan di Bandarku Ceria pada 4 March 2018.

 


 February 21st, 2018  |  08:50 AM  |   1036 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Individu yang mempunyai masalah kurang pendengaran adalah mereka yang tiada keupayaan untuk mendengar secara normal, sama ada secara separa atau tidak boleh mendengar langsung.

 

Yang perlu kita ketahui, masalah tersebut bukan sahaja melibatkan golongan dewasa, tetapi juga kanak-kanak termasuk anak damit yang baru lahir.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pakar Bersekutu Jabatan Otorinolaringologi (ORL), Pengiran Dr. Hajah Norsuhazenah binti Pengiran Haji Suhaili dalam sesi temu bual sempena Hari Pendengaran Sedunia 2018 di Bangunan Jabatan ORL, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

 

Menurutnya, kita sebagai manusia memerlukan deria pendengaran 24 jam sehari kerana tanpanya ia akan mempunyai satu impak yang besar seperti kesukaran untuk berkomunikasi dan berinteraksi.

 

Bagi golongan kanak-kanak, beliau menyatakan, ia akan menyebabkan masalah dan menjejaskan pembelajaran dan pertuturan di sepanjang proses pembesaran mereka.

 

''Kehilangan pendengaran boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti genetik, pendedahan kepada bunyi bising dan tidak menjaga kebersihan dan kesihatan telinga. Setakat ini seperti yang diketahui, sejumlah 360 juta penduduk di dunia ini mengalami masalah pendengaran dan 32 juta daripada jumlah tersebut adalah golongan kanak-kanak,'' tegasnya.

 

Sehubungan itu, sempena Hari Pendengaran Sedunia yang diraikan pada 3 Mac setiap tahun di seluruh dunia, Kementerian Kesihatan melalui Jabatan ORL yang sebelumnya dikenal sebagai Klinik Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) akan meraikan hari tersebut pada 4 Mac di Bandarku Ceria, ibu negara.

 

Sambutan tersebut adalah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya penjagaan telinga dan pendengaran yang baik.

 

Ia bertujuan untuk menyebarkan maklumat mengenai penjagaan kesihatan telinga dan pendengaran kepada orang ramai dari semua peringkat lapisan masyarakat kebanyakan pesakit-pesakit yang dirawat di Klinik ORL disebabkan oleh penjagaan telinga yang tidak betul.

 

Selain itu, beliau memberitahu, jabatannya juga ingin memberi maklumat kepada para pengunjung nanti tentang perkhidmatan audiologi yang ada di bawah Jabatan ORL juga perkhidmatan saringan pendengaran anak damit yang diadakan di Hospital RIPAS sejak tahun 2015.

 

Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pameran yang berkaitan mengenal penjagaan kesihatan telinga dan pendengaran termasuk pemeriksaan kesihatan telinga secara percuma.

 

Di samping itu, ia juga sebagai landasan bagi mempromosi tentang penjagaan kesihatan telinga juga bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai terutama sekali kanak-kanak untuk mendidik mereka tentang pentingnya menjaga deria tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19