FacebookInstagramTwitterContact

 

FCC votes to restore net neutrality protections           >>           How Al Pacino's Girlfriend Noor Alfallah Celebrated His 84th Birthday           >>           OpenAI's Sam Altman and other tech leaders join the federal AI safety board           >>           Ellen Degeneres Says She Was "Kicked Out Of Show Business" For Being "Mean"           >>           STUDY: Eating A Junk Food-Filled Diet During Adolescence Could Lead To Long-Term Memory Impairment In Adulthood           >>           Dynamic Duo: Why TURMERIC And BLACK PEPPER Are A Powerful Combination           >>           Prepper Medicine: 7 Natural Pain-Relieving Plants           >>           Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rakyat, penduduk nikmati kesejahteraan


PEMANGKU Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam ketika menyembahkan sembah alu-aluan.

 


 February 21st, 2018  |  08:52 AM  |   438 views

TUTONG

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli ke Majlis Penyempurnaan Penganugerahan Anak-anak Kunci Rumah, Rumah Kluster dan Rumah Teres di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang bagi Daerah Tutong serta Rumah Teres di bawah RPN Lumut dan Lorong Tengah Seria bagi Daerah Belait merupakan anugerah yang tiada ternilai bandingnya serta memberi makna yang amat mendalam kepada para penerima yang akan menjunjung kurnia ke hadapan majlis baginda.

 

Berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang adil lagi bijaksana, seluruh rakyat dan penduduk di negara ini, khususnya yang tidak memiliki tanah persendirian dapat sama-sama menikmati kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan melalui RPN yang terus berkembang seiring dengan kemajuan semasa.

 

Dengan kebijkasanaan dan kepimpinan Kebawah DYMM, Daerah Tutong juga turut sama menikmati pembangunan berterusan melalui peningkatan prasarana awam di peringkat mukim dan kampung termasuk penyediaan rumah-rumah di bawah Skim RPN yang mempunyai reka bentuk yang kondusif, terkini dan selamat dengan disediakan kemudahan-kemudahan yang bersesuaian seperti dewan kemasyarakatan, tempat riadah dan permainan kanak-kanak dan lain-lain.

 

''Penganugerahan anak-anak kunci rumah ini jelas menggambarkan sifat pemedulian dan keprihatinan Kebawah Duli Tuan Patik terhadap kesejahteraan dan keselesaan hamba-hamba Kebawah Duli Tuan Patik dan dapat memupuk lagi perpaduan masyarakat,'' demikian ujar Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam pada majlis penyempurnaan tersebut yang berlangsung di Dewan Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET).

 

Oleh yang demikian, beliau menyeru serta meminta agar rakyat dan penduduk di Daerah Tutong secara amnya juga para penerima anak kunci rumah akan sentiasa memelihara dan menjaga alam sekitar serta kebersihan agar Negara Brunei Darussalam akan sentiasa dalam keadaan yang bersih, indah dan cantik.

 

Dalam pada itu, beliau yang mewakili para penerima penganugerahan, merafakkan sembah menjunjung kasih yang setinggi-tingginya, ke hadapan majlis Kebawah DYMM di atas nikmat serta limpah kurnia anugerah baginda yang setentunya menjadi ristaan dan kenangan abadi yang berkekalan kepada para penerima serta keluarga pada majlis tersebut.

 

Awang Haji Adnan seterusnya berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, semoga baginda serta kerabat diraja yang lainnya dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berterusan serta sentiasa mendapat petunjuk, taufik dan hidayah dari Allah Subhanahu Wata'ala, kekal karar memerintah turun-temurun di atas takhta singgahsana kerajaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54