FacebookInstagramTwitterContact

 

Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>           Joe Biden signs the bill that could ban TikTok in the United States           >>           EU's new right-to-repair rules force companies to repair out-of-warranty devices           >>           Yokohama F. Marinos Do It The Hard Way But They Are Finally In An AFC Champions League Final           >>           Hernán Crespo Exacts Revenge On Al Hilal As Al Ain Reach AFC Champions League Final           >>           PSV Want USMNT's Dest Despite Confirming Serious Knee Injury           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kebawah DYMM berkenan melawat SR Tumpuan Telisai


KEBAWAH DYMM menyaksikan murid-murid yang menjalankan aktiviti pendidikan jasmani. KEBAWAH DYMM berkenan menyaksikan aktiviti pelajar semasa melawat Makmal Sains.KEBAWAH DYMM berkenan melawat ke salah sebuah bilik darjah Sekolah Rendah Tumpuan Telisai. KEBAWAH DYMM berkenan menyaksikan aktiviti murid-murid SR Tumpuan Telisai semasa melawat ke Makmal ICT.

 


 February 21st, 2018  |  09:01 AM  |   1590 views

TUTONG

 

Sekolah Rendah Tumpuan Telisai, Tutong menjadi tumpuan lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang  Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam setelah berkenan menyempurnakan Penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah Kluster dan Rumah Teres di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang bagi Daerah Tutong serta Rumah Teres di  bawah RPN Lumut dan Lorong Tengah Seria bagi Daerah Belait.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dijunjung oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah serta pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan.

 

Sejurus keberangkatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melihat secara lebih dekat pengajaran dan pembelajaran murid-murid di Kelas Pra sekolah tersebut dan seterusnya meninjau Bilik ICT, Perpustakaan dan juga Bilik Sena khas bagi murid-murid yang berkeperluan khas.

 

Sementara di Pejabat Pentadbiran sekolah itu, Kebawah DYMM berkenan menerima pesambah dan selepas itu berkenan berangkat melihat aktiviti para murid di Taman Mainan.

 

Kebawah DYMM juga berkenan menyaksikan Pameran Hari Kebangsaan di dewan sekolah diikuti dengan bergambar ramai bersama tenaga pengajar sekolah berkenaan.

 

Sebelum berangkat meninggalkan sekolah tersebut, Kebawah DYMM juga berkenan menyaksikan aktiviti praktikal tatacara mengerjakan sembahyang daripada murid-murid Tahun 5 yang diadakan di surau sekolah itu dan berkenan menerima junjung ziarah daripada murid-murid sekolah.

 

Pengetua Sekolah, Dayang Hajah Maria binti Abdullah ketika ditemui melahirkan rasa gembira atas keberangkatan Kebawah DYMM dan prihatin menerusi lawatan ke sekolah berkenaan.

 

Dayang Hajah Maria menjelaskan, keberangkatan lawatan itu merupakan kali kedua setelah lawatan yang pertama pada tahun 1992 lalu.

 

Perancangan sekolah akan datang katanya, akan lebih mempertingkatkan perkembangan dari segi akademik dan kokurikulum.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19