FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


601 dianugerahkan anak-anak kunci rumah RPN


KEBAWAH DYMM mengurniakan anak kunci kepada salah seorang penerima.

 


 February 21st, 2018  |  09:08 AM  |   1156 views

TUTONG

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Anak-anak Kunci Rumah kepada 601 penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) bagi Daerah Tutong dan Belait.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Dewan Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET), Kampung Bukit Beruang, Mukim Telisai tersebut dijunjung oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Tutong, Pengiran Haji Shahril Azman bin Pengiran Haji Metusin.

 

Daripada jumlah keseluruhan penerima, 301 penerima bagi rumah jenis kluster, manakala 53 penerima bagi rumah jenis di bawah RPN Bukit Beruang, Daerah Tutong dan 247 penerima bagi rumah jenis teres di bawah RPN Lumut dan Lurong Tengah Seria, Daerah Belait. 

Doa Selamat dibacakan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Tutong.

 

Sejurus itu, Kebawah DYMM berkenan melawat ke PTET, yang mana bangunan pusat berkenaan mula digunakan pada Januari 2012, mempunyai seramai 325 pelajar dan 63 tenaga pengajar.

 

Para pelajarnya datang dari kawasan tadahan Mukim Telisai, Mukim Pekan Tutong, Mukim Tanjong Maya, Mukim Kiudang, Mukim Keriam, Mukim Ukong, Mukim Lamunin dan Mukim Rambai.

 

Dari lawatan di PTET, Kebawah DYMM berkenan berangkat ke Rumah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, selaku Penghulu Mukim Telisai.

 

Pada keluasan 79.5 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai lebih 10 ribu orang. Kampung Bukit Beruang mencatatkan penduduk teramai, yang mana ia termasuk penduduk di RPN Bukit Beruang.

 

Baginda seterusnya melawat ke Sekolah Rendah Tumpuan Telisai, Tutong, Kluster 5, iaitu sebuah institusi pendidikan yang terdapat di mukim tersebut.

 

Sekolah itu mula beroperasi pada Januari 1940 dengan keramaian 40 penuntut pada masa itu dan kini sekolah tersebut mempunyai seramai 213 penuntut dari Pra hingga Tahun 6.

 

Kebawah DYMM meneruskan lawatan ke kawasan hakisan tanah berdekatan dengan pantai di Kampung Danau, Tutong dan kemudiannya berkenan melawat ke rumah-rumah penerima anak-anak kunci di bawah RPN Bukit Beruang.

 

Baginda berkenan bercemar duli ke rumah penerima rumah jenis kluster milik Awang Abdul Rahman bin Haji Abd. Rashid dan Dayang Hajah Norsalwanawati binti Haji Shahbudin.

 

Dengan keluasan 120 meter persegi, setiap unit rumah kluster di kawasan RPN Bukit Beruang tersebut mempunyai tiga buah bilik tidur, ruang tamu, bilik mandi dan dapur.

 

Seterusnya, baginda berkenan bercemar duli ke rumah penerima yang menerima rumah jenis teres kepunyaan Dayang Siti Faizatul Nadzirah binti Haji Johari dan Dayang Norliza binti Haji Jalil.

 

Keluasan lantai setiap unit teres ialah 106 meter persegi, yang mana unit ini mempunyai tiga buah bilik tidur, ruang tamu, bilik mandi dan dapur.

 

Kawsan RPN Bukit Beruang secara keseluruhannya mempunyai 530 unit rumah jenis 'detached'; 500 unit rumah jenis kembar, 368 rumah jenis kluster dan 1,388 unit rumah jenis teres dengan keluasan 495 hektar.

 

Kawasan perumahan itu merupakan satu konsep pembangunan perumahan komprehensif lengkap dengan ruang tanah untuk kemudahan awam pada masa hadapan seperti sekolah, masjid, kemudahan komersial, pusat komuniti, taman dan kawasan rekreasi juga taman permainan. 

 

Kebawah DYMM berkenan berangkat ke Golden Corporation Sendirian Berhad terletak di Tapak Perindustrian Kampung Serambangun, yang menjalankan perusahaan udang dan pemprosesan makanan laut di negara ini.

 

Ia juga melabur dalam penggunaan kapal-kapal menangkap ikan yang dilengkapi teknologi terkini dan berupaya mengakses zon laut dalam yang tidak dapat diakses nelayan tempatan.

 

Syarikat itu juga berhasrat untuk terus berkembang dan menembusi pasaran tempatan juga luar negara, di samping mempromosi nama negara dengan mengeksport produk ke luar negara serta menjamin hasil yang mencukupi dan keselamatan makanan di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17