FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rakyat Daerah Temburong panjatkan Doa Kesyukuran


IMAM Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Awang Haji Yusof bin Haji Ahad semasa mengimamkan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah

 


 February 23rd, 2018  |  11:40 AM  |   1386 views

TEMBURONG

 

Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar menjadi tumpuan Majlis Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin serta Membaca Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-34, Tahun 2018 bagi Daerah Temburong dengan tema sambutan tahun ini, iaitu 'Menjayakan Wawasan Negara'.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Imam Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Awang Haji Yusof bin Haji Ahad dan disusuli dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Awang Haji Shafrillah bin Haji Ahmad yang kemudiannya mengimamkan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

 

Turut hadir Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos; Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, pegawai-pegawai kanan kerajaan, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung serta para jemaah masjid.

 

Majlis antara lain bertujuan untuk menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana di atas limpah kurnia Rahmat-Nya jua bumi Brunei Darussalam terus dikurniakan keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang berpanjangan sepanjang 34 tahun mengecapi kemanisan sebagai sebuah negara merdeka dan di bawah kepimpinan seorang raja yang bijaksana dan dikasihi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seluruh rakyat dan penduduk di negara ini dapat menjalani kehidupan dalam keadaan selesa, bahagia dan aman damai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54