FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat ke Majlis Kesyukuran Ulang Tahun HK Ke-34


KEBAWAH DYMM bersama paduka-paduka anakanda berkenan menerima junjung ziarah dari jemaah yang hadir sejurus keberangkatan tiba di Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

 


 February 23rd, 2018  |  11:46 AM  |   975 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selaku rakyat dan penduduk yang bernaung di bumi tercinta ini, Negara Brunei Darussalam setentunya bersyukur atas  keamanan dan kedamaian yang dikecapi di bawah pimpinan seorang raja yang berwibawa dan dapat meraikan nikmat kemerdekaan yang ke-34 tahun.

 

Justeru itu, Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam diadakan di seluruh negara dan bagi Daerah Brunei dan Muara tumpuan utama ialah Masjid Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara.

 

Berangkat menyertai para jemaah di sini ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Juga berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri  Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM dan kerabat diraja ke majlis tersebut dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-34, Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned serta Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

 

Sejurus keberangkatan Kebawah DYMM dan paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, azan Maghrib dilaungkan oleh Pegawai Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Mudim Awang Haji Metassim bin Haji Metussin pada jam 6.34 minit petang.

 

Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar yang kemudiannya juga memimpin bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai.

 

Doa Kesyukuran dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Azan Isyak dikumandangkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Mudim Awang Haji Amran bin Haji Md. Salleh diikuti dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

 

Sebelum berangkat balik, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemaah yang hadir.

 

Majlis kesyukuran tersebut juga telah diadakan di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan di masjid-masjid utama setiap daerah masing-masing, bertujuan bagi memanjatkan rasa syukur atas limpahan keberkatan, keselamatan, keamanan negara serta kesejahteraan seluruh penduduk Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19