Home > Headline
Brunei - Kuwait Kukuhkan Kerjasama Dua Hala
February 25th, 2018 | 10:26 AM | 1481 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait dan Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah dan kerajaan serta rakyat Kuwait sempena dengan Hari Kebangsaan Kuwait.
Dalam titah perutusan tahniah kepada His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait, Kebawah DYMM merakamkan penghargaan di atas hubungan persahabatan dan persaudaraan yang telah lama dinikmati di antara kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing dan berharap berpeluang memperkukuhkan perhubungan tersebut dan meningkatkan kerjasama di tahun-tahun yang mendatang.
Sementara itu, dalam titah perutusan tahniah yang sama kepada Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, Kebawah DYMM menghargai persahabatan dan hubungan muhibah yang telah lama dikongsikan bersama dan berharap untuk meningkatkan perhubungan yang sangat bernilai itu.
Pada mengakhiri titah-titah perutusan tahniah tersebut, Kebawah DYMM berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait dan ahli kerabat diraja dan juga Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, akan terus berada di dalam kesejahteraan dan kegembiraan serta Negara Kuwait dan rakyatnya akan sentiasa menikmati keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan.
Source:
@BRUDIRECT.COM
by BruDirect.com
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]