FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peserta Persembahan Padang Zahirkan Semangat Patriotik


 


 February 25th, 2018  |  11:39 AM  |   1005 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 merupakan sambutan yang penting bagi menzahirkan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mendukung kepimpinan bijaksana baginda.

 

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah para peserta persembahan padang semasa Upacara Perhimpunan Agung sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.

 

Pelita Brunei telah menemui beberapa peserta persembahan padang yang terlibat menjayakan upacara tersebut yang terdiri daripada para penuntut sekolah dan pegawai kerajaan.

 

Bagi Awang Julaini bin Haji Jahit, wakil peserta dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyatakan, beliau amat berbangga dan berbesar hati kerana sebagai warga perkhidmatan yang terpilih untuk turut serta, ia boleh memantapkan lagi semangat dan menanamkan rasa patriotik ke dalam diri.

 

"Ini adalah merupakan yang ke-10 kali saya terlibat mengambil bahagian pada acara kemuncak Upacara Perhimpunan Agung sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34," jelasnya.

 

Beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat meraikan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kepada seluruh warga Perkhidmatan Awam dan menyeru agar terus memberikan apa jua sumbangan terhadap negara pada masa yang akan datang.

 

Sementara bagi Dayang Nur Shafini binti Tajuddin yang sudah lima kali berturut-turut melibatkan diri dalam persembahan padang melahirkan rasa gembira kerana pada tahun ini masih terpilih untuk ikut serta sebagai peserta Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34.

 

anakala Cleo Marsha binti Jasni pula, telah terpilih sebagai peserta persembahan padang sebanyak empat kali berturut-turut.

 

Kedua-dua pegawai dari Pejabat Daerah Tutong ini berasa bangga menjadi rakyat Brunei yang hidup dalam suasana aman dan harmoni serta mempunyai raja yang berjiwa rakyat.

 

Bagi Awangku Radin Adi Nor Putra bin Pengiran Edi Wira dan Awang Muhd Husli Rahimi bin Abdul Rahim, penuntut Tahun 9 dari Sekolah Menengah Rimba II yang buat pertama kalinya menyertai Upacara Perhimpunan Agung sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 berasa gembira kerana berpeluang untuk merasai pengalaman baharu dalam hidup.

 

"Yang sangat seronok ialah kami dapat banyak kawan baharu dari sekolah lain dan saling bertukar-tukar cerita mengenai pelajaran dan sebagainya," jelas Awangku Radin Adi Nor Putra.

 

Awang Muhd Husli Rahimi pula menyatakan, jika diberi peluang lagi mereka pasti tidak akan menolak untuk ikut serta lagi di dalam mana-mana acara yang melibatkan mereka dalam memberi sumbangan terhadap negara sebagai rakyat Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12