FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bersyukur Terpilih Menyertai Barisan Pasukan Ikrar


 


 February 25th, 2018  |  11:41 AM  |   1982 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bacaan ikrar merupakan salah satu daripada acara kemuncak pada setiap Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

 

Pada tahun ini, seramai 43 peserta telah dipilih untuk menyertai Pasukan Ikrar yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam serta mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Brunei Darussalam (UBD).

 

Pelita Brunei berkesempatan menemu bual beberapa peserta pada Acara Kemuncak Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2018.

 

Wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pengiran Azizul Rahman bin Pengiran Haji Yusop yang merupakan pembaca utama antara lain melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana terpilih untuk menyertai Pasukan Ikrar bagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-34 pada tahun ini.

 

"Ia sangat bermakna kerana bukan sahaja dapat membaca ikrar namun terpilih untuk mengetuai suara-suara yang patriotik di belakang saya nanti, itu yang membuatkan saya berasa teruja dan berbangga, Alhamdulillah," jelasnya.

 

Perasaan yang sama turut dirasai oleh Dayangku Siti Haryatul Halmie binti Pengiran Omar yang merupakan wakil dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang juga berasa gembira kerana berpeluang untuk mengikuti Pasukan Ikrar tersebut.

 

Menyentuh mengenai tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan, iaitu 'Menjayakan Wawasan Negara,' beliau menjelaskan, setiap individu seharusnya menanamkan sifat untuk membangun bersama-sama, sentiasa proaktif dan taat kepada Allah serta raja yang dikasihi bagi membantu negara mencapai Wawasan 2035.

 

Bagi Awang Haji Abdul Alif bin Haji Sulaiman yang merupakan salah seorang daripada mahasiswa UBD yang terpilih juga menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti barisan Pasukan Ikrar pada usia seawal 27 tahun.

 

"Sebanyak lebih kurang 250 orang yang ingin menyertai barisan Pasukan Ikrar tersebut dan Alhamdulillah saya di antara 43 peserta yang terpilih dan itu membuatkan saya amat terharu dan bersyukur," tambahnya lagi.

 

Sementara Guru Tingkat 2 di Sekolah Menengah Masin, Awang Helmi bin Haji Mohd. Imran yang merupakan wakil dari Kementerian Pendidikan turut berasa terharu dan bangga kerana terpilih untuk menjadi pelaung 'Allahuakbar' pada upacara kemuncak tersebut.

 

"Apabila berpeluang untuk menyertai kumpulan ikrar pada tahun ini, apatah lagi terpilih menjadi pelaung Allahuakhbar, saya berasa teruja dan terharu kerana dapat turut serta dalam sambutan hari yang penuh dengan bersejarah ini dan ia akan menjadi kenangan manis serta ristaan kepada anak-anak dan juga sejarah sampai bila-bila," tambahnya lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54