FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Realisasikan Gagasan Pemimpin, Menjayakan Wawasan Negara


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berangkat ke perhimpunan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-34 di ibu negara.

 


 February 25th, 2018  |  12:18 PM  |   1097 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam sekali lagi melakar sejarah dengan meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-34, satu kerahmatan buat seluruh rakyat dan penduduk untuk berasa kemeriahan dan yang penting menaikkan rasa cintakan negara, raja, bangsa dan agama berlandaskan Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir.

 

Semangat itu terus berkobar dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien bagi menyertai rakyat dan penduduk di negara ini ke Upacara Perhimpunan Agung sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34.

 

 Keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Laila Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan Ke-34;

 

Juga menjunjung keberangkatan tiba Kebawah DYMM dan kerabat-kerabat diraja ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Datin Dayang Hajah Elinda binti C.A. Mohamed; Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

 

 Juga berangkat, paduka-paduka adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

 Turut berangkat menyertai perbarisan, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dilaungkan sejurus keberangkatan tiba dan setelah itu Kebawah DYMM dijunjung bagi memeriksa Pasukan Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota ABDB dan anggota Pasukan PDB.

 

 Upacara Perhimpunan Agung sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 bermula dengan Upacara Perbarisan Lalu di hadapan Pentas Diraja oleh lebih 23 ribu orang peserta yang mewakili 139 buah pasukan dengan didahului oleh Pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam berukuran besar yang diikuti oleh Pasukan Pembaca Ikrar, Pasukan Pembawa Bendera-Bendera Logo Hari Kebangsaan, ABDB, PDB, Pasukan Berpakaian Seragam, peserta Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Pasukan Orang-Orang Berkeperluan Khas, Pasukan Cemerlang, kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, wakil daerah-daerah dan sektor swasta.

 

 Sambutan terus diwarnai dengan persembahan menarik Gerak Cergas oleh gabungan murid-murid sekolah Rendah dan Pelatih PKBN.

 

Sementara itu, pasukan-pasukan dari institusi-institusi pengajian tinggi, maktab-maktab, sekolah-sekolah, persatuan-persatuan, Pertubuhan Awam dan Pasukan Warga Asing di Negara Brunei meneruskan upacara perbarisan berkenaan dengan meriah.

 

Ikrar Hari Kebangsaan kemudian dilafazkan, yang dikepalai oleh Penguasa Bomba dan Penyelamat selaku Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi 'G',  Temburong, Pengiran Azizul Rahman bin Pengiran Haji Yusof sebagai tanda menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan seterusnya sebagai tanda bersatu padu dan menumpukan taat setia di bawah pimpinan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Laungan takbir 'Allahuakbar' dilaungkan sebanyak tiga kali. Rombongan pembaca ikrar tersebut juga disertai oleh para peserta berkeperluan khas yang menggunakan bahasa isyarat.

 

 Persembahan bertemakan 'Menjayakan Wawasan Negara' melibatkan seramai 7,034 peserta yang mewakili pelbagai sektor dan agensi pembangunan negara termasuk belia-belia yang mewakili sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab dan institusi-institusi pengajian tinggi dengan megah mempamerkan Persembahan Tema tahun ini iaitu, dengan membawa segenap lapisan masyarakat untuk menghayati peranan mereka dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

Sebelum berangkat meninggalkan upacara, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah daripada para peserta yang menjayakan sambutan tahun ini.

 

 Tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 ialah 'Menjayakan Wawasan Negara' merupakan gagasan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Tema berkenaan juga menyifatkan pandangan baginda yang jauh ke hadapan bagi memastikan negara ini dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah negara yang memiliki rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi dan ekonomi yang dinamik serta berdaya tahan.

 

Ini sekali gus mengingatkan agar setiap rakyat dan penduduk serta segenap sektor dalam pembangunan negara mempunyai peranan dalam memastikan Wawasan Brunei 2035 itu tercapai dan berjaya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19