FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Isu kebersihan menghendaki ‘whole of Nation approach’


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong

 


 March 14th, 2018  |  10:56 AM  |   887 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isu-isu sampah di Kampong Ayer adalah bukan di bawah Lembaga Bandaran kerana garis boundari Lembaga Bandaran tidak termasuk Kampong Ayer.

 

Isu kebersihan secara menyeluruh ditangani oleh Jawatankuasa Kebangsaan Isu Kebersihan yang mempunyai tiga 'taskforce'.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa menjawab persoalan Yang Berhormat Awang Haji Naim bin Haji Kamis mengenai isu sampah di Kampong Ayer yang sangat membimbangkan pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) hari Ketujuh di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat, salah satu 'taskforce' itu ialah kesedaran (awareness) yang pada masa ini dapat ditonton dalam televisyen juga media-media bagaimana kita mempromo untuk memberi kesedaran untuk tidak membuang sampah atau menyimpan sampah tidak menentu.

 

''Semua ini menghendaki 'whole of nation approach' tidak dapat diletakkan hanya kepada agensi-agensi tertentu. Bila kita menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tong sampah, kita memerhatikan orang akan dapat memasukkan sampah itu ke dalam tong sampah''.

 

''Sungguhpun demikian, kalau kita masih ingat semasa perayaan kapal berhias, pembukaan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, sungguhpun banyaknya tong sampah kitani sediakan sepanjang Jalan Residency dan Bandar Seri Begawan masih lagi orang kitani itu membuang sampah merata-rata, ini mentaliti. Kalau 'enforcement' bekerja pada waktu itu banyak jua dapat kitani buat. Ini tanggungjawab kita bersama,'' ujar Yang Berhormat Menteri.

 

Menyentuh mengenai cadangan untuk menimbuk Kampong Ayer pula, Yang Berhormat Menteri menyatakan tidaklah ada lagi Kampong Ayer yang menjadi kebanggaan kita dan ia belum tentu dapat menyelesaikan masalah sampah kerana di darat pun masih juga orang membuang sampah.

 

''Bukan darat, laut, tetapi isunya ialah isu kitani sendiri dan di bawah Rancangan Rehabilitasi Kampong Ayer ini kita akan berusaha jua bersama dengan Kementerian Pembangunan untuk menangani masalah sampah di Kampong Ayer ini macamana caranya,'' terang Yang Berhormat.

 

Mengenai kemudahan awam, iaitu jambatan menurut Yang Berhormat, sebagaimana diketahui dalam keadaan pada masa ini kita berusaha untuk menggunakan 'budget' yang ada untuk memelihara asset-aset di Kampong Ayer, terdapat tambahan peruntukan untuk membaiki jambatan-jambatan yang rosak mengikut ke utamaannya.

 

''Masalah kebakaran di Kampong Ayer yang memusnahkan rumah-rumah dan barangkali yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat itu ialah terdapatnya tunggul-tunggul dan tiang-tiang. Ini juga akan kita usahakan untuk mencabut tunggul-tunggul ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya kos untuk mencabut sebatang tiang di Kampong Ayer ini mahal. Jadi kita berusaha bagaimana kita akan menggunakan peruntukan yang sedia ada bagi menangani perkara ini dan bukan sahaja di Kampung Lorong Dalam, tetapi kita juga telah membuat kajian berapa banyak tunggul bekas rumah yang perlu dibersihkan,'' jelas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16