Home > Bahasa Melayu
Lapan syarikat diberikan lesen membekalkan pekerja domestik
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong
March 14th, 2018 | 10:59 AM | 369 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Enam kriteria digunakan untuk menilai syarikat-syarikat yang berminat untuk membekalkan pekerja domestik pada harga B$1,500.00 antaranya pengalaman, proses dan pengetahuan undang-undang, persediaan syarikat dan akauntabiliti, memenuhi syarat-syarat utama iaitu setiap kriteria diberikan pemarkahan yang tertentu.
Sebanyak lapan buah syarikat yang berpotensi untuk diberikan lesen agensi pekerjaan bagi membekalkan pekerja domestik pada kadar harga yang ditetapkan hasil temu duga yang dijalankan kepada syarikat-syarikat yang memberikan tawaran.
Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) hari Ketujuh di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman tentang perkembangan perkara tersebut dan mengenai kedudukan ataupun peraturan yang dikenakan kepada syarikat-syarikat tentang pengambilan pekerja domestik.
Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri jelas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sedang dalam proses akhir bagi melantik syarikat-syarikat tersebut dan tertakluk kepada kecepatan syarikat-syarikat berkenaan melaksanakan keperluan-keperluan tertentu seperti menyediakan premis-premis perniagaan, membuat pembayaran wang cagaran dan seumpamanya.
Syarikat-syarikat berkenaan jelas Yang Berhormat lagi diberikan tempoh tertentu untuk melaksanakannya dan Jabatan Buruh akan memberigakan atau memaklumkan kepada orang ramai berkenaan dengan syarikat-syarikat yang akan dilantik melalui media massa.
Dalam pada itu, kementerian juga memohon kerjasama orang ramai untuk terus melaporkan kepada Jabatan Buruh dengan segeranya jika terdapat syarikat-syarikat yang diberikan lesen agensi pekerjaan ini gagal untuk memenuhi syarat-syarat utama yang ditetapkan bagi membolehkan jabatan berkenaan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Hezlinawati Haji Abdul Karim
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]